Pen. pengawai kesihatan terima suapan ketahui nasib 4 Mei

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Seorang penganggur akan mengetahui nasibnya pada 4 Mei, di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memiliki syabu seberat 31.57 gram.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu terhadap Jaffri Jamal, 46, setelah kes berkenaan ditutup di peringkat akhir pembelaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Mac tahun lalu jam 10.30 malam, di kawasan parkir CKS Kinarut, daerah Papar.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dihukum mengikut Seksyen 39 A akta sama, penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun.

Pada 29 Mac, tertuduh diperintahkan membela diri setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sepanjang perbicaraan, tiga saksi daripada pihak pendakwaan dipanggil memberikan keterangan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memilih memberikan keterangan bersumpah.

Sementara menunggu kes selesai, Jaffri terus diperintahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.