Bot katamaran terbakar di Kg Rampayan Laut

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Sebuah bot jenis katamaran musnah terbakar di Kampung Rampayan Laut, di sini, malam Isnin.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata bot yang terbakar kira-kira jam 7 malam terbabit dipercayai milik Syarikat Touch Borneo.

Katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud diketuai Pegawai Bomba Kanan II Thomas Bolu digegaskan ke lokasi sebaik panggilan kecemasan diterima pada jam 7.17 malam.

“Pasukan bomba bertindak melakukan operasi pemadaman seterusnya memeriksa kawasan sekitar bagi memastikan tiada unsur yang membahayakan.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.29 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

ANGGOTA bomba melakukan operasi pemadaman terhadap bot katamaran yang terbakar di Kg Rampayan Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.