PBS Kepayan beri sokongan padu kepada Francis

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) Kepayan yang mempunyai 1,800 keahlian dan kira-kira 5,000 penyokong tegar akan memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Bahagian PPS Kepayan Nicholas Pisol berkata demikian pada majlis perjumpaan bahagian parti itu dengan MCA Penampang, diketuai Datuk Francis Goh pada Ahad.

Menurut beliau, ia adalah kali pertama PBS dijemput untuk majlis perjumpaan denganMCA,dimanasebelum ini pada PRU13 perjumpaan kerjasama seumpama itu tidak pernah diadakan.

“PBS Kepayan dan ahli parti berdiri teguh di belakang Datuk Francis Goh kerana beliau adalah calon paling sesuai dan terbaik bagi kerusi DUN Kepayan.

“Francis mempunyai ciri kepimpinan yang dikehendaki rakyat Kepayan. Beliau seorang pemimpin yang baik dan sentiasa menjaga perasaan ahli PBS.

“Dengan itu, kami PBS Kepayan yang mempuyai seramai 1,800 ahli yang taat setia dan 5,000 penyokong tegar akan mengundi Francis pada pada pilihan raya akan datang dan seterusnya menawan semula kerusi itu kali ini,” katanya.

Dalam perjumpaan itu juga, PBS Kepayan memohon empat markas untuk kawasan kubu kuat parti itu, iaitu masing-masing di Kohizan Kg Nosoob dan satu di Kg Kepayan.

Sementara itu, Francis berkata perjumpaan itu adalah langkah untuk merapatkan kejasama yang lebih erat antara parti komponen BN di Penampang.

“Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh PBS Kepayan dalam memastikan BN dapat menawan semula kerusi DUN Kepayan daripada pembangkang,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini MCA Penampang telah mengadakan perjumpaan yang sama dengan Upko Penampang. Perjumpaan sama juga akan diteruskan dengan Parti Liberal Demokratik (LDP), Gerakan dan MIC.

“Saya percaya kerjasama rapat dalam kalangan parti komponen BN amat penting kerana setiap parti memiliki kekuatan sendiri melalui ahli masing-masing yang menjadi pengundi BN.

“Justeru, kami mengadakan perjumpaan untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk strategi, kerjasama dan pendekatan untuk memenangi pilihan raya, supaya semua dapat memainkan peranan walapun MCA akan bertanding di DUN Kepayan,” katanya.

FRANCIS dan Nicholas (barisan depan, tengah) bersama pemimpin bahagian PBS Kepayan melaungkan `Hidup BN’ sambil mengibarkan bendera BN, MCA dan PBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.