Pengundi dapat bezakan kaca atau permata

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli yakin pengundi di sini akan berupaya membezakan yang mana kaca atau permata dalammembuatpilihanterbaik pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, pilihan yang tepat amat penting dalam memastikan daerah ini terus dibangunkan dan rakyat menikmati pelbagai manfaat.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, pelbagai usaha pembangunan infrastruktur dan prasarana luar bandar telah dilaksanakan demi membela nasib rakyat di luar bandar.

“Kita sungguh yakin di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), Kota Belud akan terus dibangunkan tetapi jika memilih pembangkang kita khuatir kawasan kita tidak dapat dibangunkan,” katanya ketika merasmikan pembukaan tagal bagi empat perkampungan di perkarangan Tamu Pandasan di sini.

Musbah yang juga pengarah PRU14 bagi DUN Tempasuk dan Kadamaian berkata, masa depan negara khususnya Kota Belud perlu ditentukan oleh rakyat berdasarkan fakta dan bukannya berlandaskan berita palsu, propaganda serta ilusi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menyentuh industri tagal, beliau berkata penduduk di seluruh dunia menyambut banyak peristiwa berkaitan alam sekitar khususnya hutan, yang sangat penting untuk kesejahteraan manusia dan pengekalan kepelbagaian biologi negara.

“Masyarakat Mukim Pandasan ini sudah mengetahuitentangkomitmen kerajaan dalam memastikan kelestarian ekosistem yang menyumbang kepada hutan sebagai habitat hidupan liar, kepelbagaian biologi, sumber air bersih dan kawalan suhu.

“Maka, kita minta masyarkat di mukim ini agar terus memelihara kelestarian ekosistem demi untuk masa depan industri tagal sebagai sumber ekonomi dan produk pelancongan pada masa hadapan,” katanya.

MUSBAH berucap merasmikan pembukaan tagal bagi empat perkampungan di Mukim Pandasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.