Jaket keselamatan ditemukan

Hari kedua SAR nelayan hilang di perairan Pulau Mengalum

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan jaket keselamatan di sini kirakira jam 10.05 pagi Selasa.

Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata penemuan terbabit adalah petunjuk baharu kepada pencarian pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terhadap bot karam yang masih hilang.

Katanya jaket keselamatan berwarna oren berjaya ditemukan oleh pasukan SAR dari Bot Pengawal 38 milik APMM semasa hari kedua pencarian mangsa, Husain Ishak, 23 yang masih hilang.

Terdahulu, APMM mengaktifkan SAR sebaik menerima laporan bot nelayan karam di Perairan Pulau Mengalum pada Isnin.

Bot mangsa terbabit dikatakan karam selepas berlayar dari Jeti Safma ke Pulau Mengalum kira-kira jam 6 petang Sabtu.

JAKET keselamatan berwarna kuning yang ditemukan kira-kira jam10.05 pagi Selasa. ANGGOTA APMM semasa menjalankan operasi SAR di perairan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.