Warga emas ditemukan meninggal dunia di tandas tokong

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - -Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas tokong di Batu 5 Jalan Tuaran di sini pada malam Isnin.

Mangsa warga tempatan dikenali sebagai Sai Lock See, 67.

Ketua Polis Daerah Kota KinabaluAsistenKomisioner M Chandra berkata mangsa ditemukan orang awam yang berada di tokong terbabit kira-kira jam 11.25 malam.

“Maklumat daripada pengurus tokong mendapati mangsa tidak mempunyai ahli keluarga sepanjang tinggal di tokong berkenaan.

“Kita meminta orang ramai yang mengenali keluarga mangsa agar memaklumkan kejadian agar memudahkan urusan seterusnya,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut kes mati mengejut.

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital.

SAI LOCK SEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.