Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno Sabah buat laporan polis klip video palsu

-

KOTA KINABALU: Pemuda Umno Sabah pada Selasa membuat laporan polis berhubung klip video palsu mengenai kes rasuah berprofil tinggi di Sabah yang telah disunting sehingga kelihatan sebagai berita asal yang pernah disiarkan sebuah portal berita dalam talian The Star.

Laporan polis berkenaan klip video berdurasi satu minit, 34 saat yang tular di media sosial itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Pemuda Umno Sabah Mohd Bahrin Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Karamunsin­g petang Selasa.

“The Star baru sahaja mengeluark­an satu kenyataan penafian mengenai video itu yang menggunaka­n logo The Star TV dan The Star Online serta klip videonya tanpa kebenaran .Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada The Star atas penafian tersebut,” katanya dalam kenyataan selepas membuat

bersama beberapa ketua pergerakan Pemuda Umno bahagian menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Karamunsin­g.

laporan polis berkenaan.

Menurut Mohd Bahrin video yang digodam itu merupakan contoh sangat baik bagaimana berita palsu digunakan dalam percubaan untuk menipu rakyat untuk berfikir bahawa semua yang dikumpulka­n dalam video itu termasuk visual wawancara dan suara adalah dari sumber yang boleh dipercayai.

“Inilah teknik kotor yang dibuat oleh pihak pembangkan­g dan tentunya apabila ia menjadi viral, ‘keyboard warrior’ mereka akan menyebar cerita ini,” katanya.

Katanya pergerakan itu meminta pihak polis menyiasat laporan itu dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 yang digazetkan baru-baru ini.

 ??  ?? BAHRIN
BAHRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia