Terima suapan, menyamar penjawat awam

Penolong pengawai kesihatan ketahui nasib 4 Mei, isteri didenda RM300

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) didakwa menerima rasuah, manakala isterinya menyamar sebagai penjawat awam.

David@ Divi Jasni, 37, dan Liah Moen, 35, yang tidak diwakili peguam masingmasing mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan tarikh jatuh hukum pada 4 Mei terhadap David, yang diberikan ikat jamin RM10,000 deposit RM3,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Tertuduh sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran yang bertugas di Jabatan Kebersihan dan Kesihatan Persekitaran DBKK, secara rasuah menerima RM200 daripada Lui Oi Yee.

Suapan itu agar tidak mengenakan kompaun terhadap Lui, yang melanggar Undang-Undang Kecil (Premis Makanan) Kota Kinabalu 1966.

Atas kesalahan itu, David disabitkan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, penjara selama 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai yang tiggi.

Manakala Liah dikenakan denda RM300 atau penjara 10 hari, atas kesalahan menyamar sebagai Pegawai Kesihatan DBKK, dengan memakai pakaian berkolar warna biru dan mempunyai lambang DBKK.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan, penjara selama tiga bulan atau denda maksimum RM400, atau kedua-duanya.

Mereka melakukan kesalahan itu pada 29 Julai tahun lalu jam 11.20 pagi di belakang Kedai Kopi Melanian 3, Jalan Pantai, di sini.

Semasa rayuan, David berkata perlu menanggung dua anak tirinya, hasil daripada perkahwinan pertama isterinya disamping tiga anak kandungnya yang masih kecil.

“Saya sudah melakukan kesalahan, saya mengaku salah…sekarang ini saya masih bekerja, tetapi isteri tidak dapat bekerja dengan konsisten kerana perlu menjaga anak,” katanya.

Liah menyatakan bekerja di sebuah hotel dengan pendapatan RM600 sebulan, namun kini sedang mengandung.

“Ibu saya tidak lagi mampu menjaga anak kami kerana suda tua dan menghidap penyakit kurang darah,” katanya sambil menangis.

Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip dari SPRM meminta hukuman setimpal, dengan mengambil kira kekerapan kesalahan dan menjadi pengajaran.

“Penjawat awam tidak harus melakukan kesalahan ini, yang mana mencemarkan imej DBKK,” katanya.

Beliau juga menyerahkan kepadabudibicaramahkamah, atas permohonan David untuk menangguhkan tarikh jatuh hukum.

Dalam pada itu, Abu Bakar menyatakansekiranyaseorang suami melakukan kesilapan, sebagai seorang isteri haruslah menjadi tugasnya untuk menegur.

Mereka melakukan kesalahan itu pada 29 Julai tahun lalu jam 11.20 pagi di belakang Kedai Kopi Melanian 3, Jalan Pantai, di sini.

DAVID (belakang, kiri) dan Liah (depan, kanan) menutup wajah, ketika keluar dari kamar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.