MPS perlu sokongan berterusan

Jadikan Sandakan bandar alam semulajadi, hijau

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh NOORASVILLA MUHAMMA

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) memerlukan kerjasama dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak dalam usahanya menjadikan Sandakan sebagai bandar alam semulajadi dan hijau.

Presiden MPS Datuk Ir James Wong berkata, usaha berkenaan sejajar dengan pengumuman penaikantaraf status MPS kepada Majlis Bandaraya Sandakan bermula 1 Julai depan.

“Kita telah merancang pelbagai usaha baharu serta penambahbaikan ke arah mewujudkanBandarSandakan yang hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Menanam Pokok Rotary Antarabangsa di Taman Ujana Elopura, Batu 2 setengah di sini pada Selasa.

Pada majlis itu, sebanyak 200 anak pokok pelbagai spesis yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah telah ditanam di sekitar taman awam berkenaan.

James menyambut baik inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kelab Rotary Sandakan dalam mengindahkan lagi Taman Ujana Elopura.

Katanya, apatah lagi ia merupakan aktiviti pertama yang diadakan di kawasan taman berkenaan.

“Umum mengetahui Taman Ujana Elopura sebelum ini adalah kawasan setinggan yang telah dibersihkan. Kita akan lakukan lebih lagi di mana kita akan bangunkan sebuah pasar, taman tema air dan jeti kecil berhampiran dengan taman ini,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Kelab Rotary Sandakan Eleanor Wong berkata projek itu merupakan salah satu usaha pihaknya dalam mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menghijaukan alam sekitar serta memahami kebaikannyadalammenangani perubahan iklim.

Hadir sama, Ketua Konservator Hutan Datuk Sam Mannan, Presiden Kelab Rotary Utara Sandakan Sharon Yap dan Presiden Innerwheel Sandakan Sat Lu Keng.

“Usaha berkenaan sejajar dengan pengumuman penaikantaraf status MPS kepada Majlis Bandaraya Sandakan bermula 1 Julai depan.

DATUK IR JAMES WONG Presiden MPS

(Gambar kiri)

(Gambar atas) TETAMU jemputan bersama ahli Kelab Rotary Sandakan yang menjayakan Program Menanam Pokok di Taman Ujana Elopura. JAMES (kiri) bersama Sam menanam anak pokok di kawasan Taman Ujana Elopura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.