Lebih 1,000 sertai Forum Pendidikan sempena sambutan Hari Guru

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

RANAU: Lebih seribu warga pendidik bersama ibu bapa dan pelajar menghadiri Majlis Forum Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sabah di Tapak Santai Belia Pekan Ranau.

Forum itu dibarisi tiga ahli panel iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Prof Madya Dr Ramzah Dambul dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Aslie Sahat.

Forum turut menampilkan Pegawai SISC Plus Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Dr Losius Goliong sebagai moderator.

Hadir sama ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini Yanin, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni Hashim dan Pengurus Cawangan Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad Mohd Rozie Mohd Damit.

Sempena forum itu, para ahli panel mengupas serta mengetengahkan langkahlangkah strategik dan kaedah bagaimana para pendidik merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

ZAINI menyampaikan cenderamata kepada Ramzah, diperhatikan Siti Hamni.

ANTARA ratusan warga pendidik yang menghadiri forum itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.