Jenazah Napsiah Omar disemadi di Kuala Pilah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR:Jenazah Veteran Umno Tan Sri Napsiah Omar selamat dimandi, dikafankan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, di sini, pada 9 pagi Selasa. dan dijadualkan disemadi di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Melang Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Jawa, Kuala Pilah bagi memberi peluang kepada saudara-mara serta sahabat handai memberi penghormatan terakhir.

Allahyarhamah yang meninggalkan empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan pernah menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1982, Menteri Perusahaan Awam (1987), Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990) serta Anggota Majlis Eksekutif Negeri Sembilan (1995-1999).- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.