Yayasan Kinabalu serah sumbangan kepada SMJK Shan Tao

Yayasan Kinabalu serah sumbangan kepada SMJK Shan Tao

Utusan Borneo (Sabah) - - Citra Utusan - Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SERAMAI 53 pelajar kurang berkemampuan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shan Tao Kota Kinabalu menerima bantuan daripada Yayasan Kinabalu.

Sumbangan berjumlah RM19,300 itu buat pertama kalinya disampaikan kepada sekolah berkenaan pada Selasa.

Pengerusi Yayasan Kinabalu Datuk Chin Chee Kee berkata, geran bantuan itu diserahkan kepada pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, tahun ini sebanyak 16 buah sekolah seluruh negeri membabitkan seramai 600 pelajar dipilih untuk menerima bantuan berkenaan.

Selain itu pihaknya turut menyediakan bantuan pinjaman kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengetua SMJK Shan Tao Lee Li Leng berkata, setiap murid akan menerima bantuan sebanyak RM300.

Beliau berharap, kerjasama yang terjalin antara Yayasan Kinabalu dengan SMJK Shan Tao terus kukuh dari semasa ke semasa.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMJK Shan Tao Peter Lo.

Pada majlis itu, Peter turut mengingatkan agar pelajar yang terpilih tidak menyalahgunakan sumbangan yang diterima.

SEBAHAGIAN pelajar berkongsi kegembiraan selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Kinabalu.

CHIN (depan, lima kiri) merakamkan kenangan bersama pelajar dan warga SMJK Shan Tao pada majlis itu.

LEE (tiga kanan) menerima simbolik penyampaian geran bantuan Yayasan Kinabalu daripada Chin (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.