Sarawak digemari pelabur

Dasar mesra perniagaan menjadikan negeri antara tiga destinasi pilihan pelaburan di Malaysia: KM

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: Dasardasar mesra perniagaan dilaksanakan di Sarawak telah meletakkan negeri ini antara tiga destinasi pelaburan di Malaysia yang paling digemari pelabur sejak lima tahun lalu dengan jumlah pelaburan diluluskan RM46.3 bilion.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata disebabkan itu kerajaan negeri akan meneruskan dasar-dasar mesra perniagaannya ke arah pelaburan iaitu Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI).

“Perkembangan pesat LONGi (Kuching) Sdn Bhd dan lain-lain seperti Taiyo Yuden dan X-FAB di sini (Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya) menunjukkan pelabur-pelabur asing mempunyai keyakinan tinggi terhadap kerajaan negeri.

“Kita bukan sahaja mahu menarik pelaburan baharu, kita juga ingin memastikan mereka terus berjaya dan berkembang. Pada masa sama kita mahu syarikat multinational (MNC) memindahkan teknologi, kepakaran dan pengetahuan mereka kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian LONGi (Kuching) Sdn Bhd, sebuah syarikat mengeluarkan ‘integrated photo voltaic’ (PV) di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya di sini, pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi LONGi (Kuching) Sdn Bhd Zhong Baoshen.

Abang Johari berkata, kejayaan pelaksanaan projek solar LONGi yang pantas adalah contoh kejayaan membanggakan.

Menurutnya dalam tempoh dua tahun, LONGi telah berkembang secara agresif untuk memenuhi permintaan meningkat dalam pasaran global PV dan nilai eksport dijangka meningkat kepada RM1.5 bilion pada 2018.

Beliau berkata, LONGi SarawakdanTamanTeknologi Tinggi Sama Jaya secara keseluruhannya amat seiring dengan inisiatif ekonomi digital yang bermatlamat mentranformasikan sektor perindustrian negeri kepada Industri 4.0.

Kerajaan negeri juga katanya, serius membangunkan bakat manusia dengan menubuhkan Kampung Digital di Sama Jaya dan inkubator-inkubator di seluruh negeri.

Kampung Digital dan inkubator itu ditubuhkan untuk memupuk kreativiti, inovasi dan usahawan teknologi bagi memacu Sarawak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menerusi platform ekonomi digital, jelasnya.

“Sama Jaya sentiasa dekat di hati saya sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian ketika taman ini dilancarkan pada awal 1980-an.

“Selepas itu, ia terus berkembang maju dengan banyak syarikat multinational memberi pekerjaan kepada 10,800 pekerja dengan 99 peratus adalah rakyat tempatan,” katanya.

Mengenai pengkhususan LONGidalampengeluaranPV untuk penghasilan tenaga solar di satu lokasi mengeluarkan rantaian, Abang Johari mencadangkan agar syarikat itu membangunkan sistem solar terapung di empangan hidroelektrik di negeri ini untuk menjana tenaga elektrik alternatif.

“Disebabkan itu kerajaan negeri akan meneruskandasar-dasarmesraperniagaannya ke arah pelaburan iaitu Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI)” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

ABANG JOHARI memasukkan cip gergasi pada panel khas untuk menyempurnakan Majlis Perasmian LONGi (Kuching) Sdn Bhd. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Rundi, Awang Tengah dan Zhong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.