Pembalakan haram terus dibanteras

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menumpaskan aktiviti pembalakan haram yang menyaksikan sebanyak 637 batang kayu balak dirampas.

Menurut SFC dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, kejayaan itu hasil operasi pemantuan khas yang dijalankan bersama Pasukan Polis Marin di Ulu Sungai Kapit pada Jumaat lalu.

SFC memberitahu, aktiviti pembalakan haram di kawasan terbabit terbongkar hasil maklumat disalurkan orang awam yang mengetahui mengenai kegiatan itu.

Katanya, bertindak atas aduan diterima, Pasukan Petugas Khas dianggotai oleh dua agensi penguat kuasa terbabit segera menjalankan siasatan yang membawa kepada serbuan pada Jumaat lalu.

“Serbuan dijalankan oleh kakitangan SFC dari Pejabat Wilayah Sibu dan PPM itu membawa kepada penemuan longgokan 637 batang kayu balak.

“Hasil siasatan mendapati, kayu balak tersebut ditebang secara haram iaitu di luar kawasan penebangan yang dilesenkan,” kata SFC dalam kenyataan itu.

Jelasnya lagi,, kes rampasan kayu balak terbabit telah dilaporkan di Balai Polis Kapit, manakala kesemua kayu dirampas diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.