Pemuliharaan alam sekitar sudah ada dalam Manifesto BN

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengambil maklum terhadap surat terbuka daripada 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasakan alam sekitar yang menyeru semua parti politik memasukkan pemuliharaan alam sekitar dalam manifesto pilihan raya mereka.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan kenyataan bahawa pemuliharaan alam sekitar perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Olehitu,ManifestoBNtelah memasukkan pemuliharaan alam sekitar, pemeliharaan dan pembangunan mampan untuk memastikan ia adalah manifesto holistik dan inklusif. Ini dilakukan sebelum seruan daripada NGO.

“Dalam hal ini, BN menyokong bahawa kepelbagaian biologi kita mesti diurus dengan baik, digunakan dengan bijak dan dipelihara untuk generasi sekarang dan akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab surat terbuka yang dikemukakan 21 NGO berasaskan alam sekitar pada Rabu lepas.

Wan Junaidi menjelaskan dalam Manifesto BN, pihaknya akan berusaha memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan.

Tegasnya, terdapat dua tonggak penting dan 12 inisiatif utama yang berkaitan langsung dengan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

Beliau berkata, BN akan memastikan bahawa pembangunan tidak mampan yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan kehilangan biodiversiti akan dicegah.

“Dasar ekonomi hutan yang memfokuskan kepada pengurusan hutan lestari akan dipertingkatkan untuk menjana pendapatan melalui produk dan perkhidmatan baharu dan nilai tambah,” katanya.

Malah,menurutnya,BNjuga mengakui ancaman perubahan iklim kepada kesejahteraan rakyat dan untuk itu, langkah serta inisiatif turut diambil bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.