MIER semak semula unjuran KDNK 2018 kepada 5.5 peratus

Dipacu permintaan domestik, perbelanjaan swasta enjin pertumbuhan

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun ini sebanyak 0.1 mata peratusan kepada 5.5 peratus daripada 5.4 peratus sebelumnya.

Pengarah Eksekutif, Profesor Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata, ini dibuat untuk menampung data sebenar 2017 yang diperoleh.

“Ekonomi akan terus dipacu permintaan domestik dan perbelanjaan swasta akan kekal sebagai enjin pertumbuhan.

“Kitamasihbolehbergantung kepada perbelanjaan pengguna untuk memacu ekonomi dengan import dan eksport kekal menarik walaupun kita mengalami pengurangan perdagangan mutlak pada Februari,” katanya pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Prospek Ekonomi Malaysia.

Zakariah berkata, pertumbuhan KDNK, bagaimanapun, mungkin menyederhana pada 2019, antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus.

Import dan eksport Malaysia merosot pada Februari, sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas, katanya.

“Bagaimanapun, negara masih dapat mencatat lebihan perdagangan yang lebih tinggi sebanyak RM9 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun (YoY) berbanding 2017.

“Permintaan dalam negara dijangka berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 5.8 peratus YoY tahun ini, berbanding 6.5 peratus tahun lepas dan seterusnya turun kepada 5.3 peratus tahun depan,” katanya.

Mengenai ringgit, Zakariah berkata, ia telah meningkat dengan ketara daripada 4.50 berbanding dolar AS sebelumnya dan kemungkinan akan meningkat kepada antara 3.65 dan 3.70 menjelang akhir tahun jika momentum tersebut berterusan.

Beliau berkata, kestabilan ringgit pasti akan mengukuhkan kuasa beli memandangkan harga domestik cenderung bergerak ke bawah.

“Dengan melihat pepada pergerakan kadar pertukaran sejak tiga bulan lalu, mereka agak menggalakkan ... jika mereka kekal stabil, ia akan menjadi agak mudah bagi kita untuk menguruskan ekonomi,” katanya.

Zakaria berkata, kadar pertukaran yang lebih baik telah membawa kepada kadar inflasi yang lebih baik.

Beliau menjangka ia akan menyederhana kepada tiga peratus tahun ini tetapi pulih kepada 3.2 peratus pada 2019.

“Kami berpendapat tekanan inflasi akan turun tahun ini kerana kadar pertukaran telah bertambah baik yang bermakna tekanan yang lebih rendah ke atas inflasi import.

“Aliran kadar pertukaran akan lebihtinggi berbanding kenaikan harga minyak mentah,” katanya.

Pada Januari 2018, inflasi mencatat pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus manakala Februari adalah 1.4 peratus, kadar paling perlahan sejak Oktober 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.