Khazanah umum pelantikan, perubahan pasukan kepimpinan kanan

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd semalam mengumumkan pelantikan baharu dan perubahan dalam pasukan kepimpinan kanannya.

Dalam satu kenyataan, Khazanah berkata Amran Hafiz Affifudin, Pengarah, Pelaburan dinaikkan pangkat kepada Pengarah Eksekutif, Pelaburan, manakala Bryan Lim, Pengarah Pelaburan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan.

Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa 1 April, katanya.

“Lim akan meneruskan peranan sedia ada sebagai Ketua Pejabat Serantau Khazanah di Beijing. Seperti yang diumumkan sebelum ini, beliau juga mengetuai liputan keseluruhan Khazanah di Asia Utara, menggantikan Datuk Ben Chan, Pengarah Eksekutif, Pelaburan yang meninggalkan Khazanah pada akhir April 2018,” katanya.

Khazanah berkata Datuk Charon Mokhzani, Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Pengarah Urusan Khazanah Research Institute (KRI), akan meninggalkan Khazanah dan institut berkenaan pada pertengahan Mei, selepas berkhidmat hampir lima tahun.

“Pelantikan dan perubahan itu merupakan sebahagian daripada pertukaran dan pengukuhan pasukan pengurusan kanan secara berkala, selari dengan inisiatif penggantian yang berterusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.