Harga saham Perak Transit meningkat susulan Terminal Kampar hampir siap

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Harga saham Perak Transit Bhd meningkat satu sen kepada 26 sen ekoran projek Terminal Kampar kini 60 peratus siap dan sedia menjelang suku keempat tahun ini.

Public Investment Bank Bhd dalam notanya berkata syarikat itu dijadual berpindah ke pasaran utama pada Julai atau Ogos depan.

”Ia juga akan menyemak sewa ruang iklan dan promosi sebanyak 15 peratus,” katanya.

Pada jam 11.41 pagi, 5.31 juta saham Perak Transit diurus niaga.

Firma penyelidikan berkata Perak Transit merupakan satusatunya operator terminal bas di Ipoh, dan dijangkakan di bandar satelit lain di negeri itu, dengan pertumbuhan pendapatan yang kukuh menerusi operasi baharu Terminal Kampar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.