Import minyak sawit India meningkat susulan langkah eksport Malaysia

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

NEW DELHI: Import minyak sawit India bagi tempoh lima bulan sehingga Mac lepas, meningkat kepada 3.79 juta tan berbanding 3.55 juta tan pada 2017.

Peningkatan turut dikaitkan denganlangkahkerajaanMalaysia melanjutkan pelaksanaan skim eksport minyak sawit mentah tanpa duti eksport selama tiga bulan, sebelum ini.

Menurut Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), import minyak sawit menyumbang66peratusdaripada jumlah import minyak sayuran India bagi tempoh November 2017 sehingga Mac 2018.

Negara pembeli minyak sayuran terbesar dunia itu mengimport 5.93 juta tan minyak berkenaan dalam tempoh kajian berbanding 5.80 juta tan sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Daripada jumlah itu, minyak makan menyumbang sebanyak 5.78 juta tan. Bagi tempoh lima bulan tersebut, import minyak sawit olein RBD turut menyaksikan aliran penurunan apabila berkurangan kepada 770,581 tan berbanding 1.135 juta tan sebelumnya.

“Import minyak makan mentah meningkat kepada 5.0 juta tan berbanding 4.54 juta tan (Nov 2016 — Mac 2017), terutamanya disebabkan oleh peningkatan import minyak sawit mentah (MSM) dan minyakbungamataharimanakala minyak soya berkurangan,” kata persatuan itu.

Mengulas stok minyak makan di pelbagai pelabuhan setakat 1 April,2018,SEAmenganggarkan ia sebanyak 770,000 tan dengan MSM sebanyak 350,000 tan.

Baki stok itu merangkumi masing-masing minyak sawit olein RBD (160,000 tan), minyak soya (80,000 tan), minyak bunga mataharimentah(160,000tonnes) dan minyak biji sawi(20,000 tan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.