Victor Hugo bakal jadi ikon televisyen dengan ‘Les Miserables’

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

DIA disembah seperti santo di ribuan tokong di Vietnam, disanjung seperti seorang penganjur bagi perpaduan Eropah, dan wira hak asasi manusia kerana kempennya menentang hukuman mati.

Sekarang penulis novel agung dari Perancis itu, Victor Hugo, bakal menjadi ikon televisyen dengan adaptasi BBC yang berbajet besar bagi adikaryanya ‘Les Miserables’ dan siri tidak kurang mewah yang menceritakan semula tentang kehidupan politik dan peribadinya yang penuh peristiwa.

Hugo, sensasi kesusasteraan pada waktu dia berusia 30 tahun dengan novel ‘The Hunchback of Notre Dame’, pantas menjadi suara hati bagi generasinya.

Terkejut dengan kesengsaraan yang dia lihat di tengah bandar, pemuda setia raja itu menjadi seorang wira republikan dan terpaksa hidup dalam buangan selama dua dekad selepas dia mengisytiharkan Napoleon III seorang diktator dan “pengkhianat kepada Perancis”.

Perubahan ‘Damascene’ itu adalah tumpuan ‘Victor Hugo - Enemy of the State’, iaitu potret selama empat jam mengenai penulis itu yang kini sedang mengadakan penggambaran di Perancis oleh pembuat siri perisik yang popular ‘The Bureau’.

Pengarah JeanMarc Moutout berkata perjalanan politik Hugo yang menakjubkan dan kehidupan cintanya yang tidak kurang bertenaga menjadi tumpuan cerita itu, yang diumumkan di MIPTV, pasar hiburan terbesar di dunia di Cannes, Perancis, pada minggu lepas.

- Pelarian “Ketika

siri itu bermula pada 1848, Victor Hugo sudah sangat biasa dengan kemasyhuran dan kekayaan.

“Darjatnya sudah naik dalam golongan bangsawan. Apabila siri itu berakhir, tiga tahun kemudian, dia adalah seorang pelarian dengan harga di atas kepalanya dan bersifat republikan,” kata Moutout.

“Saya mahu menunjukkan perubahan yang perlahanlahan dalam kesedaran dan komitmen Hugo, dan terjun ke dalam nadi era berkenaan dan kehidupan lelaki agung ini. Kedua-duanya berkait rapat, kerana Hugo meninggalkan kesusasteraan untuk perjuangan politik.”

Siri itu turut memaparkan kekasihnya selama 50 tahun, Juliette Drouet, lakonan Isabelle Carre, yang mengikutinya untuk hidup dalam buangan di Guernsey, sebuah pulau Selat di antara Perancis dan Britain.

Drouet menjadi perempuan simpanannya yang rasmi, tetapi kesetiaan kepada kekasihnya bukanlah salah satu kekuatan Hugo.

Walaupun disanjung sebagai santo oleh agama Cao Dai di Vietnam, dan puluhan hubungan sulit yang dijalinkan oleh Hugo, yang mendokumenkan setiap hubungan tersebut dalam kod hingga beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia pada usia 83 tahun, dua juta orang – ketika itu lebih ramai daripada populasi rasmi di Paris – memenuhi jalan-jalan untuk pengebumiannya.

- ‘Les Miserables’ yang berani Pakar

adaptasi Andrew Davies juga telah berikrar untuk memaparkan banyak kebiasaan Hugo ke dalam tafsirannya dalam ‘Les Miserables’ yang kini sedang dibikin oleh BBC.

Penulis skrin lakon layar veteran itu, sekarang berusia 81 tahun, merupakan otak di sebalik beberapa drama kostum yang popular untuk badan penyiaran awam di Britain itu termasuk ‘Pride and Prejudice’, ‘Middlemarch’ dan ‘War & Peace’.

Davies menggambarkan ‘Les Miserables’, cerita berselerak mengenai Jean Valjean, yang dipenjara selama bertahun-tahun kerana mencuri sebuku roti untuk adik perempuannya yang kebuluran, sebagai “amat besar, amat intensif dan merentap jiwa”.

“Kebanyakan kita biasa dengan versi muzikal, yang hanya menawarkan pelan rangka bercebis-cebis bagi cerita itu” yang mencapai kemuncaknya sewaktu Revolusi 1848 di Paris.

“Saya amat teruja kerana mendapat peluang untuk akhirnya benar-benar berlaku adil kepada Victor Hugo,” ujarnya.

Bintang ‘The Wire’ Dominic West membawa watak wira banduan Valjean dalam drama kostum selama enam jam itu, yang sebelum ini disokong oleh penerbit Hollywood yang aib, Harvey Weinstein.

“Jean Valjean merupakan salah satu watak yang hebat dalam kesusasteraan dunia,” kata West mengenai novel dari tahun 1862 itu, yang turut memberi inspirasi kepada muzikal blockbuster Andrew Lloyd Webber.

“Perjalanan penebusannya yang epik merupakan salah satu peranan luar biasa yang boleh diterima oleh seseorang pelakon,” ujarnya.

Hugo, dengan karya yang sudah dijadikan 35 buah filem dan banyak siri TV, juga menjadi subjek biografi baharu yang epik dalam bahasa Inggeris oleh Graham Robb selain ‘The Novel of the Century: The Extraordinary Adventure of Les Miserables’ oleh David Bellos.

Kedua-duanya menyatakan walaupun Hugo lelaki awam menjadi watak yang lebih besar daripada kenyataan dalam jangka hayatnya sendiri, dia paling terkenal dan disayangi kerana puisinya dan bukan kerana novelnovelnya.

DAVID Oyelowo, Dominic West dan Lily Collins akan membintangi dalam siri baharu ‘Les Misérables’ di BBC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.