Sesekali balai bomba menjadi tadika

50 pelajar Tadika Pintar Al-Hafiz rasai pengalaman tugas anggota bomba

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Sesekali melayan kerenah anak-anak pasti menyeronokkan lebihlebih lagi apabila Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dilawati seramai 50 pelajar Tadika Pintar AlHafiz.

Menurut Pegawai Operasi Jamikah Ismail, beliau dan kakitangannya merasa seronok menerima lawatan itu dan sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk melawat.

“Sekolah atau agensi yang berminat hanya perlu menyediakan surat yang menyatakan rancangan untuk datang dan kami sentiasa menerima dengan tangan terbuka.

“Setiap bulan kami menerima tiga hingga empat kali lawatan daripada taska dan ianya mencapai puluhan kali setahun.

“Semasa lawatan, kami akan mengajar anak-anak cara-cara betul untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran seperti merangkak dan berguling dan mengadakan lawatan di bilik kawalan utama,” katanya.

Selain itu tambahnya, anakanak juga akan dibawa untuk merasai pengalaman menaiki jentera bomba dan memegang hos kecil untuk menyiram air selain demonstrasi memadam api pada pelawat dewasa.

Jamikah berkata, lawatan sedemikian diharap dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anak dan orang dewasa untuk tahu sedikit sebanyak mengenai tugas ahli bomba dan cara menyelamatkan diri.

“Peranan bomba bukan sahaja untuk memadam api, tetapi juga banyak tugas lain yang diarahkan seperti bergotong royong bersama masyarakat, membuat demonstrasi ‘fire drill’ dan banyak lagi.

“Saya juga mengesyorkan kepada pihak yang berminat untuk mendaftarkan diri di dalam Kelab Keselamatan, Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3P) kerana banyak aktiviti dapat dilakukan bersama kami.

“Caranya mudah sahaja,

Semasa lawatan, kami akan mengajar ana kanak cara-cara betul untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran seperti merangkak dan berguling dan mengadakan lawatan di bilik kawalan utama.

JAMIKAH ISMAIL Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lintas

hanya perlu mengisi borang dan memaklumkan minat anda untuk menyertai kelab dan hantar semula borang itu ke ibu pejabat,” katanya.

Kelab 3 K adalah satu program Pembelajaran dan Kesedaran Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ditujukan kepada golongan kanak-kanak.

Tujuan program adalah untuk memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang keselamatan kebakaran kepada kanak-kanak yang bakal menempuh alam persekolahan.

Sementara itu, pengusaha Tadika Pintar Al-Hafiz, Ani Abbas berkata program lawatan itu memberi kaedah pembelajaran anak-anak secara amali.

“Selain daripada silibus tahfiz, kami turut menyediakan aktiviti luar kelas yang bertujuan mendedahkan pelajar kepada aktiviti luar

“Belajar dan melawat merupakan satu kaedah yang dapat mengembangkan daya pemikiran mereka. Ini juga merupakan satu kaedah untuk menarik minat pelajar untuk ke sekolah kerana didedahkan dengan pelbagai aktiviti,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang pelajar Hezzayd Anaqi Heznan, 5, berkata citacitanya apabila dewasa adalah ingin menjadi ahli bomba.

“Kalau jadi bomba, saya boleh tolong padam api, bomba juga berani tangkap ular dan juga biawak. Selain itu, baju bomba juga cantik,” katanya.

ANI

JAMIKAH

KAKITANGAN bomba membantu anak-anak memakai pakaian seragam bomba.

DARI KIRI: Uwais, Ilman, Al Amin, Azamuddin dan Hezzayd Anaqi bercita-cita menjadi ahli bomba.

DEMONSTRASI merangkak dan berguling untuk menyelamatkan diri ketika kebakaran.

PELAJAR tadika diberi sedikit taklimat sebelum dibawa melawat.

SEUSAI menaiki jentera bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.