Lebih 1,000 hadiri Majlis Makan Amal Jubli Emas SMKKM

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Majlis Makan Amal Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMKKM) dihadiri lebih seribu tetamu termasuk bekas kakitangan serta pelajar sekolah berkenaan.

Majlis dirasmikan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Hasyim Paijan yang juga bekas penuntut SMKKM pada tahun 70-an.

Dalam ucapannya beliau berbangga menjadi salah seorang bekas sekolah berkenaan dan sempat menceritakan cabaran semasa kehidupan zaman perse-

SESI pemotongan kek pulut kuning sebagai sambutan penubuhan ulang tahun ke-50 SMKKM.

kolahannya termasuk cabaran untuk meneruskan persekolahannya.

Beliau memuji usaha yang dijalankan oleh kakitangan sekolah mengadakan majlis itu yang bertujuan bukan sahaja meraikan sambutan ke-50 tahun penubuhan sejak 1968 tetapi juga mendapatkan sumbangan untuk membangunkan sekolah.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pancaragam daripada Girls Junior Band SMKKM, persembahan kebudayaan tardisional Tarian Suku Kaum Tobilung, okestra bambu serta persembahan johan Miss Grand Sabah 2018 daripada bekas pelajar Scarlet Megan.

SEBAHAGIAN tetamu yang hadir semasa Majlis Makan Amal Jubli Emas SMKKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.