Proton Saga 1.3 hadiah tempat kedua cabutan Raffle

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kelab Lions Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur menyerahkan hadiah tempat kedua berupa Proton Saga 1.3 pemenang bertuah.

Selain pemenang bertuah itu, enam lagi pemenang akan menerima hadiah menarik daripada keputusan cabutan bertuah Raffle.

Gabenor Daerah 308-A2 Pelly Lee berkata, tujuan acara cabutan bertuah itu adalah bagi mendapatkan dana untuk membangunkan projek komuniti yang diusahakan kelab itu di seluruh Malaysia.

“Jumlah dana yang dikumpul hasil jualan tiket Raffle di seluruh Malaysia adalah RM610,101 selepas jumlah kos yang digunakan untuk membeli hadiah-hadiah cabutan bertuah.

“Daripada jumlah itu, RM366,906 diserahkan kepada 44 Kelab Lions di seluruh Malaysia untuk tujuan bantuan komuniti tempatan. Baki jumlah itu turut digunakan untuk projek-projek pembangunan komuniti,” katanya ketika dalam majlis Penyerahan Hadiah Kemenangan Cabutan Bertuah Raffle, di sini pada Selasa.

Dalam majlis itu juga, Pelly turut menyampaikan sumbangan dana RM1,500 kepada tiga organisasi iaitu Hospital Ibu dan KanakKanak Likas, Persatuan Buah Pinggang Sabah dan Persatuan Perkhidmatan Ambulan Lions (LASS) Kota Kinabalu.

PELLY (dua kiri) menyampaikan replika kunci kepada penerima hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.