Penyewa kedai terjejas, tiada bekalan air

Hantar petisyen kepada pihak bertanggungjawab

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SITI AISYAH NARUDIN kedai terpaksa menutup operasi akibat tiada bekalan air.

KOTA KINABALU: Ketiadaan bekalan air lebih seminggu secara berterusan menyebabkan hampir 90 penyewa lot kedai Sierra Biz Hub di sini terjejas.

Wakil bahagian pengurusan Sierra Biz Hub Remy Martin berkata, sejak kawasan berkenaan beroperasi pada 2016, masalah air antara isu utama yang sering berlaku.

Menurutnya, masalah kali ini antara yang paling teruk memandangkan bekalan air terputus selama berhari-hari sejak minggu lepas.

“Paling terjejas operasi semua restoran kerana mereka perlu menggunakan air dalam kuantiti yang banyak.

“Sekarang ini untuk meneruskan operasi, pemilik-pemilik restoran terpaksamembeliairdaripada pembekal air swasta.

“Namun, keadaan ini lebih membebankan mereka kerana terpaksa mengeluarkan belanja setiap hari untuk membeli air,” katanya kepada Utusan Borneo di sini pada Selasa.

Remy berkata, perkara itu sudah pun dirujuk kepada Jabatan Air Negeri Sabah dan pihaknya dimaklumkan loji rawatan air untuk kawasan berkenaan perlu dinaiktaraf untukmenampungkeperluan pengguna.

Beliau berkata, pembangunan yang semakin pesat di kawasan Tuaran khususnya Bandar Sierra antara faktor yang menyebabkan keperluan air semakin tinggi.

Sehubungan itu, bahagian pengurusan Biz Hub Sierra bersama semua penyewa memutuskan untuk menandatangani petisyen agar isu itu diketengahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Menurutnya, masalah tiada bekalan air yang berterusan itu juga menyebabkan beberapa kedai terpaksa menutup operasi.

“Sekarang ini untuk meneruskan operasi, pemilik-pemilik restoran terpaksa membeli air daripada pembekal air swasta. Namun, keadaan ini lebih membebankan mereka kerana terpaksa mengeluarkan belanja air.” setiap hari untuk membeli REMY MARTIN

Wakil bahagian pengurusan Sierra Biz Hub

BEBERAPA

PENYEWA juga terpaksa membeli air daripada pembekal swasta untuk meneruskan operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.