130 kaki pancing sertai SIFT 2018

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh ALFRED PETRUS WILFRED (atas) mengetuai pelepasan peserta SIFT 2018.

KOTA KINABALU: Pertandingan Memancing Antarabangsa Sabah (SIFT) semakin dikenali dengan peningkatan penyertaan pada tahun ini seramai 130 orang.

Presiden Persatuan Pengail Sabah (SAA) Datuk Wilfred Lingham berkata, pertandingan yang bermula pada Selasa itu dijalankan di Pulau Layang-layang disertai oleh kaki pancing dari Brunei Darussalam, China, Hong Kong, Macau, Kemboja, Great Britain dan Singapura.

“Pertandingan yang berlangsung selama enam hari lima malam bermula hari ini (Selasa) menghimpunkan sebanyak 30 kumpulan berbanding penganjuran sebelumnya. Setiap kumpulan mempunyai tiga hingga lima orang ahli sahaja.

“Sudah pasti penambahan penyertaan dari negara yang memenangi tempat pertama pada tahun lalu iaitu Brunei Darussalam dengan sebanyak lima kumpulan semuanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelepasan peserta SIFT 2018 di jeti Sutera Harbour Marina dan Club House, Kota Kinabalu pada Selasa.

Wilfred berkata, penambahan peserta SIFT 2018 itu menunjukkan pihak SAA turut komited dalam mempromosikan pelancongan di Sabah melalui aktiviti sukan air.

Jelasnya, penganjuran SIFT yang kini berusia 20 tahun penganjurannya menarik lebih ramai kaki pancing dari luar negara untuk datang ke Sabah.

“Ia menunjukkan bahawa kita di landasan yang betul dalam mempromosi program tahunan ini sebagai salah satu aktiviti pelancongan di Sabah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata penganjuran SIFT 2018 menawarkan hadiah berjumlah RM70,000 keseluruhannya selain trofi dan pingat.

Namun tambahnya, format pertandingan SIFT 2018 mempunyai perubahan berbanding tahun lalu.

“Pasukanyangmemperoleh jumlah terberat ikan yang berjaya dinaikkan dari tiga jenis berbeza akan memenangi tempat pertama iaitu wang tunai RM20,000.

“Tempat kedua pula menerima wang tunai sejumlah RM10,000 dan RM5,000 untuk tempat ketiga.

“SAA juga memperkenalkan semula hadiah untuk ikan terberat daripada 10 jenis iaitu Tuna, Trevally, Wahoo/Mackerels, Cobia/Amberjack, Barracuda, Jewfish/Grouper, Snapper, Ruby/Pale Snapper, Sea Perch dan Billfish,” katanya.

Selain itu katanya, SAA juga menambah syarat pertandingan yang mana ikan jenis Escolar tidak lagi dipertandingkan pada SIFT 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.