Taekwondo mampu bina masyarakat cintakan negara

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Seni mempertahankan diri taekwondo mendidik pengamalnya cara mempertahankan diri dan mampu menjadi pemangkin dalam membina masyarakat untuk mencintai negara.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, seni itu mampu membentuk ketahanan dalaman, jati diri, disiplin, sahsiah, kesetiaan serta kecintaan terhadap nusa dan bangsa iaitu ciri yang diperlukan dalam mencapai tujuan itu.

“Dalam mendepani cabaran mendatang, ibu bapa wajar menggalak dan memastikan anak-anak mereka menguasai seni mempertahankan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Taekwando Tertutup Sekolah Sekolah anjuranPerdanaTaekwando Club.

“Mempelajari seni mempertahankan diri akan menjauhkan anak-anak dari perbuatan negatif dan melatih mereka pula akan melahirkan golongan yang berprinsip, berkeperibadian mulia, yakin, berdisplin, berani,taatdanpatuhkepada pemimpin,” katanya.

Terdahulu itu, Nizam turut menyambut baik penganjuran berkenaan dan berharap ia dapat melahirkan bakat baharu dalam sukan itu.

NIZAM diperkenalkan kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.