Jalan Kibouvang diturap selepas penantian 25 tahun

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

PENAMPANG: Ketua Bahagian MCA Penampang Datuk Francis Goh telah mengadakan tinjauan ke atas jalan raya di Kibouvang, Kepayan yang telah diturap.

Menurut penduduk di situ, sebelum ini keadaan jalan raya itu berlubang dan berbatu kelikir.

Apabila hujan, air bertakung di dalam lubang dan apabila kemarau mengundang habuk.

“Ia tidak pernah dibaiki sejak 25 tahun kami menggunakan jalan raya ini yang menimbulkan kerumitan.

“Tetapi pada hari ini, jalan raya ini sudah diturap dalam masa yang singkat atas usaha Datuk Francis Goh,” kata mereka dan mengucapkan terima kasih kepada bakal calon Barisan Nasional (BN) itu untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan pada PRU14.

Sementara itu, Francis sebelum ini telah mengadakan lawatan ke atas jalan raya berkenaan setelah dimaklumkan oleh penduduk bahawa jalan itu amat daif dan tidak pernah dibaiki sejak sekian lama.

“Saya dapati jalan raya yang daif sepanjang 600 meter ini perlu diturap bagi memberi keselesaan kepada pengguna khususnya penduduk di kawasan itu,” katanya.

FRANCIS (tiga dari kiri) menunjukkan isyarat bagus ke atas jalan raya berkenaan yang telah siap diturap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.