Pengurusan SMK Pantai adakan perjumpaan dengan ibu bapa

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana -

SATU perjumpaan khas pihak pengurusan sekolah dengan ibu bapa pelajar SMK Pantai IBWS telah diadakan di Dewan Gemilang IB sekolah itu pada Sabtu.

Perjumpaan itu adalah untuk memberi penjelasan tentang tugasan individu yang perlu dibuat oleh semua pelajar Tingkatan Empat di bawah keperluan Pengiktirafan MYPIB.

Tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan tugasan individu bagi pelajar Tingkatan Empat selepas SMK Pantai diiktiraf sebagai IB World School dua tahun lalu.

Ia membuka peluang kepada pelajar untuk menyediakan tugasan berdasarkan minat, bakat, kecenderungan serta kemahiran mereka.

Setiap pelajar akan dibimbing oleh penyelia masing-masing yang terdiri daripada guru-guru SMK Pantai IBWS sendiri. Setiap guru mempunyai tiga hingga lima pelajar di bawah pengawasan dan mereka diberi tempoh selama lapan bulan untuk menyiapkan tugasan masing-masing.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga pelajar perlu diberi kefahaman jelas tentang tugasan individu anak-anak mereka supaya dapat memastikan semua tugasan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Para pelajar berpeluang mengembangkan bakat dan kemahiran masingmasing sebagai persediaan menghadapi cabaran yang lebih hebat di kolej dan universiti kelak.

Pengetua SMK Pantai IBWS Sahar Misron berkata selain ucapan Pengetua dan Penyelaras MYPIB Edora Ellias, turut diadakan taklimat Personal Project oleh Penyelaras Norlialah Abdulla.

Selain itu katanya, tayangan video tentang tugasan individu diharapkan memberi kefahaman dan maklumat tambahan khasusnya kepada para pelajar dan para ibu bapa dan penjaga pelajar.

“Kehadiran ibu bapa amat penting sebagai tanda sokongan kepada pembelajaran anak-anak,” katanya.

SEBAHAGIAN pelajar SMK Pantai yang menghadiri perjumpaan khas.

SAHAR (kanan) dan guru bersama pelajar SMK Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.