SOKONGAN BERTERUSAN:

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

Restoran Itali popular Little Italy meneruskan sokongan dengan menaja UNICEF Marathon Antarabangsa Borneo (UBM) 2018 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 6 Mei.

Restoran itu menaja wang tunai RM5,000 selain baucar makanan untuk semua peserta tahun ini yang mana dijangka akan disertai oleh kira-kira 10,000 peserta dari seluruh dunia.

Kelihatan dalam gambar, pemilik Little Italy; Luciano Caressa bersama pasukan restoran itu turut melaungkan penyertaan di UBM edisi Ke-11 tahun ini yang dianjurkan oleh Kinabalu Running Club (KRC).

-Oleh DESMOND QWEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.