Utusan Borneo (Sabah)

Desa Kencana muncul johan

Pertanding­an Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah Peringkat IPD Lahad Datu 2018

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU : Pasukan Balai Polis Desa Kencana muncul johan selepas membenamka­n pasukan Cawangan Khas IPD LDU 3-0, dalam perlawanan akhir Pertanding­an Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah Peringkat IPD Lahad Datu tahun 2018, dekat sini petang Isnin.

Dalam kejohanan sempena Sambutan Hari Polis Ke211 itu, turut menyaksika­n perebutan tempat ketiga dan keempat antara pasukan Balai Polis Cenderawas­ih yang menewaskan pasukan Bahagian Siasatan Polis Trafik Daerah dengan jariangan 81.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad dalam majlis penutupan berkata, kejohanan itu telah

“Ini adalah merupakan salah satu platform di mana kita sebagai sebuah keluarga PDRM terus bersatu padu dalam mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m menerusi aktiviti sukan yang diadakan pada setiap tahun, sekaligus dapat memilih bakatbakat baharu untuk mewakili pasukan PDRM bagi ini.” daerah ACP HAMZAH AHMAD Ketua Polis Daerah Lahad Datu

bermula pada 19 Mac lalu dan menyaksika­n sebanyak 28 perlawanan secara liga melibatkan 11 pasukan yang terbahagi kepada dua kumpulan A dan B.

Katanya, kumpulan A terdiri daripada enam pasukan iaitu pasukan JSJ, JPJKK, BSJN, Caw. Khas, BP Tungku dan BP Cenderawas­i.

Manakala bagi kumpulan B terdiri daripada lima pasukan iaitu Pengurusan/StaRT, BSPT/IKA, BP Lahad Datu, BP Desa Kencana dan BP Tambisan.

“Saya amat berpuas hati dengan semangat dan disiplin yang ditunjukka­n oleh setiap pemain di sepanjang kejohanan itu berlangsun­g.

“Ini adalah merupakan salah satu platform di mana kita sebagai sebuah keluarga PDRM terus bersatu padu dalam mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m menerusi aktiviti sukan yang diadakan pada setiap tahun, sekaligus dapat memilih bakat-bakat baharu untuk mewakili pasukan PDRM bagi daerah ini,” katanya.

 ??  ?? SEKITAR aksi perlawanan akhir antara BP Desa Kencana menentang Pasukan Cawangan Khas dengan keputusan jaringan 3-0.
SEKITAR aksi perlawanan akhir antara BP Desa Kencana menentang Pasukan Cawangan Khas dengan keputusan jaringan 3-0.
 ??  ?? HAMZAH merakamkan album bersama pasukan BP Desa Kencana (jersi merah) dan pasukan Cawangan Khas (jersi hijau) sebagai kenangan dan penghargaa­n.
HAMZAH merakamkan album bersama pasukan BP Desa Kencana (jersi merah) dan pasukan Cawangan Khas (jersi hijau) sebagai kenangan dan penghargaa­n.
 ??  ?? HAMZAH (kiri) menyampaik­an piala pusingan kepada pengurus pasukan Balai Polis Desa Kencana selepas muncul johan.
HAMZAH (kiri) menyampaik­an piala pusingan kepada pengurus pasukan Balai Polis Desa Kencana selepas muncul johan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia