SM St John tuan rumah bola jaring MSSD Beaufort

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

BEAUFORT: Sekolah Menengah (SM) St John (M) Beaufort menjadi tuan rumahKejohananBolaJaring peringkat MSSD Beaufort. Kejohanan dua hari itu mempertandingkan kategori 18TKB dan 15TKB.

Kejohanan yang bertujuan untuk memilih pemain mewakili daerah Beaufort ke peringkat Zon Selatan yang dijangka berlangsung pada 25-26 April 2018 itu telah disertai sebanyak enam pasukan bagi kategori 18TKB dan 5 pasukan bagi kategori 15TKB.

Dalam kejohanan berkenaan, SMK Beaufort II telah muncul johan bagi kategori 18TKB dengan mengalahkan SMK Beaufort, tempat kedua dalam perlawanan akhir.

Tempat ketiga dimenangi oleh SM St paul Beaufort.

Sekali lagi SMK Beaufort II unggul apabila pasukan 15TKB sekolah berkenaan menjadi johan dan SMK Beaufort II dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan

BANJAMIN sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai teknik Vera Godon.

berkenaan.

Tempat kedua SM St Paul dan ketiga SMK Beaufort.

Penolong Kanan Kokum SM St John Beaufort Banjamin Haji Atin ketika ditemuimengucapkansyabas dan tahniah kepada sekolah yang menyertai kejohanan dua hari berkenaan.

“Terima kasih kepada semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus melaksanakan kejohanan berkenaan dengan jayanya.

“Terima kasih juga kepada Pegawai Teknik Vera Godon dan Datin Faridah Mohd Ismail selaku ketua pengadil, tanpa mereka kejohanan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik,” tambahnya.

Turut hadir dalam kejohanan yang diadakan di gelanggang Bola Jaring Daerah Beaufort itu ialah Pengetua Sekolah Seah Soo Lin, Penolong Kanan Pentadbiran Albert Lai Chin dan Penolong Kanan HEM A.Razak Othman.

RAZAK Othman sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

ALBERT sedang menyampaikan hadiah kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.