Sabah berhadapan tugas getir

Lawan Terengganu di Stadium Penampang petang ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh VITALIS G BINGKASAN

“Ia tugas besar dan penting kerana kita (Sabah) sedang memburu mata yang sangat diperlukan agar dapat menamatkan pusingan pertama ini di kedudukan yang baik tetapi lawan yang dihadapi ” adalah dua pasukan teratas.

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun berhadapan tugas besar dan penting apabila menamatkan dua perlawanan terakhir pusinganpertamamenentang dua pasukan teratas saingan Kumpulan A liga Piala Belia minggu ini.

Hari ini, skuad kendalian Mohd Aiyyman Johnny Abdullah itu akan bertarung menentang pendahulu carta liga, Terengganu FC IV disusuli pertembungan dengan penghuni tangga kedua, Kuala Lumpur pada 22 April.

Kedua-dua perlawanan itu berlangsung di Stadium Penampangdansepakmulanya adalah pada jam 4.15 petang.

“Ia tugas besar dan penting kerana kita (Sabah) sedang memburu mata yang sangat diperlukan agar dapat menamatkan pusingan pertama ini di kedudukan yang baik tetapi lawan yang dihadapi adalah dua pasukan teratas.

“Ia bukan tugas mudah tetapi kami akan cuba yang terbaik. Kita seharusnya ada kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Apapun, kita akan fikirkan lawan itu satu persatu bermula menentang Terengganu esok (hari ini),” kata pengurus pasukan Azman Mastar ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Sabah kini di kedudukan keempat di kalangan 11 pasukan dalam carta liga Kumpulan A selepas mengumpul 14 mata dari lapan perlawanan dengan rekod empat menang, dua seri dan dua kalah.

Terengganu pula mendahului carta selepas mengumpul 18 mata dengan

AZMAN MASTAR

rekod tanpa kalah, menang lima dan seri tiga dari lapan perlawanan.

Terengganu juga mempunyai rekod jaringan terbaik dengan telah menjaringkan 11 gol manakala gawangnya baharu bolos tiga gol berbanding Sabah yang telah menjaringkan 12 gol tetapi gawangnya juga Pengurus pasukan dibolosi jumlah gol sama.

“Kami telah banyak belajar dari lapan perlawanan yang telah diharungi termasuk ketika kalah 2-0 di tangan PKNS pada perlawanan sebelum ini. Usaha telah dilakukan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada dan saya berharap pemain dapat memberikan yang terbaik esok (hari ini).

“Pemain kena yakin dan tidak perlu takut dengan lawan sebaliknya perlu menjadikan perlawanan seperti ini untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka,” kata Azman.

Sambil itu, skuad muda Sabah itu hanya akan diperkuatkan empat pemain dari skuad Piala Presiden (bawah 21 tahun) iaitu Joslan Aping (penjaga gol), Mohd Hizaz Lokman (penyerang), MohdSyukriBaharun(pemain tengah), Muhammad Syamil Nizam (pertahanan).

Seorang lagi yang turut bersama skuad muda itu sebelum ini iaitu Gerald Gadit (pertahanan) dikatakan dipanggil semula ke skuad Piala Presiden.

Empat pemain dari skuad bawah 21 tahun itu dijangka akan disenaraikan sebagai kesebelasan utama bersama Abdul Hanafie, Andrew Beckham Jamry, Mohd Farhan Airil Aziz (pertahanan), Mohamad Sahrizan Saidin, Leonardo Lisua, Owen Piou (tengah) dan Muhammad Faqhrurazi (penyerang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.