Mourinho kecewa aksi sambil lewa MU, ikrar gugurkan pemain bintang pada perlawanan akan datang

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

LONDON, England: PengurusManchesterUnited, JoseMourinho,berikraruntuk menggugurkan beberapa pemain bintang Manchester United ketika beliau kecewa dengan kekalahan kepada West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

United tewas 0-1 di tempat sendiri kepada lawan yang berada di tangga terbawah liga menerusi gol Jay Rodriguez untuk kemenangan pertama mereka dalam liga sejak tiga bulan.

Prestasi hambar United itu memberikan kejuaraan liga kepada kelab jirannya, Manchester City dan menyebabkan Mourinho hanya mampu merungut.

Beliau menuduh pemainnya bermain sambil lewa selepas menewaskan City 3-2 dua minggu lepas.

Sekarang Mourinho akan mengambil tindakan apabila membuat pemilihan skuad untuk perlawanan liga di Bournemouth hari ini dan kemudian perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Wembley.

“Penggiliran pemain bukan perkataan yang sesuai,” kata Mourinho. “Jika saya menurunkan seorang pemain menentang Bournemouth dan beliau bermain dengan baik, beliau akan bermain di separuh akhir (Piala FA).

“Jadi ia bukan penggiliran, kerana penggiliran kelihatan seperti seorang pemain bermain menentang Bournemouth untuk merehatkan pemain yang akan bermain menentang Spurs di separuh akhir.

“Jadi, maksud sebenar di sini bukan penggiliran, ia satu peluang kepada pemain bermain dan cuba mencari tempat untuk menentang Spurs – dan juga beberapa pemain yang bermain menentang West Brom, mereka tidak layak berada dalam pasukan itu.”

Ditanya untuk penjelasan lebih lanjut tentang beberapa pemain yang beraksi hambar menentang West Brom tidak akan diturunkan menentang Spurs, Mourinho menjawab dengan mudah: “Ya.”

“Apa kriteria untuk seorang jurulatih memilih pasukan? Saya hanya tahu satu kriteria: cara anda bermain adalah satu-satu cara saya memilih pemain.

“Atau adakah anda mahu membuat pilihan berdasarkan harga pemain, gaji atau rupa paras yang menarik? Satu-satu cara bagi saya ialah prestasi dalam padang.”

Ander Herrera ditukarkan pada masa rehat dan Ash- l e y Young dikeluarkan pada minit ke-75 sementara

Paul Pogba dikeluarkan pada minit ke-58 Ahad lepas.

Pogba tidak beraksi seperti ketika membantu United bangkit dari ketinggalan 0-2 pada masa rehat dengan menjaringkan dua gol untuk kemenangan 3-2. “Ia bukan hanya beliau,” kata Mourinho ketika merujuk kepada Pogba.

“Dan beliau mempunyai kad kuning, jadi beliau berada dalam situasi lebih sukar berbanding pemain lain. “Anda juga hanya dapat bermain dengan dua pemain tengah, jadi anda tidak dapat mengambil risiko pemain tidak mampu melakukan terjahan. “Anda tidak mahu pasukan yang sentiasa kehilangan bola tetapi pasukan kami hilang bola dengan mudah dan ia menyusahkan pasukan.”

— Gambar AFP

POGBA (atas kiri) dengan sengaja menampan bola menggunakan tangannya sebelum dilayangkan kad kuning pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara United dan West Brom di Old Trafford, Manchester pada Ahad lepas.

MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.