Cubaan edar rokok seludup gagal
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM), Pangkalan Maritim Lahad Datu telah merampas sebuah bot dan sejumlah 25 karton rokok dipercayai diseludup dari negara jiran untuk diniagakan ke daerah ini, pagi Isnin.
Pengarah Maritim Pangkalan Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata, bot peronda APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab pada kira-kira jam 4.40 pagi telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan berhampiran perairan Kampung Air, di sini.
“Apabila menyedari kehadiran bot APMM, bot suspek meluncur laju ke arah Pasar Ikan Lahad Datu bertujuan untuk meloloskan diri.
“Tindakan pantas bot APMM kemudiannya telah berjaya memintas dan menahan bot terbabit.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot itu menemukan satu bungkusan plastik hitam yang berisi rokok pelbagai
yang digunakan suspek ketika menjalankan aktiviti penyeludupan rokok.
jenama dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM2,000,” katanya sambil menambah, tekong bot bagaimanapun telah berjaya meloloskan diri dengan bertindak terjun dari bot terbabit.
Katanya, bot serta barang rampasan kemudiannya dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Pangkalan Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.