Badak Remaja tersungkur lagi
Sabah tewas tipis 2-3 di tangan Pahang
KOTA KINABALU: Badak Remaja tersungkur lagi dalam saingan Piala Presiden 2018, kali ini dihimpit Tok Gajah 2-3 di Stadium Likas lewat petang Isnin.
Kekalahan itu merupakan yang kedua selepas ditewaskan Kedah menerusi jaringan tunggal perlawanan di Stadium Likas pada Khamis lepas.
Lebih mengecewakan, Kedah yang berjaya menundukkan Melaka menerusi keputusan 41, memintas Sabah untuk menduduki persada liga menerusi kelebihan jaringan selepas kedua-dua pasukan itu mengumpul jumlah mata yang sama dengan 27 mata.
Kemenangan ke atas Sabah membolehkan Pahang mara ke kedudukan ketiga dengan 23 mata.
Pasukan pelawat mendahului seawal minit ke15 menerusi jaringan pemain tengah Muhd Jadulhaq Sairul Fauzi tetapi Sabah bangkit segera menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi penyerang Mohd Shariman Mukarim.
Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan balas tetapi kedudukan terus terikat 1-1 sehingga masa pertama berakhir.
Bermula babak kedua, Pahang bertindak agresif sebaik wisel ditiup membuatkan pertahanan Sabah kelam-kabut, dan keadaan itu digunakan sebaiknya oleh Jadulhaq melakukan hantaran lintang cantik sebelum disambar kemas oleh pemain tengah yang juga ketua pasukan Nik Muhd. Sharif Haseefy Mohd Lazim kedudukan 2-1 pada minit ke-49.
Belum berpuas hati, anakanak buah ketua jurulatih Mohd Azaruddin Mohd Aziz terus mengasak bertubitubi dan memperoleh satu lagi peluang cantik untuk Sharif menjaringkan gol kedua peribadi di perlawanan itu pada minit ke-65 untuk meletakkan Pahang dihadapan dengan keputusan 3-1.
Sabah cuba bangkit merapatkan kedudukan 2-3 pada minit ke-78 menerusi tandukan pemain tengah Zulkifly Harun yang mendapat hantaran cantik Hamran Peter, tetapi beberapa lagi gerakan merbahaya sekadar mampu menggegarkan tiga gol lawan untuk keputusan kekal sehingga ke wisel penamat.
Sabah akan melayani MISC-MIFA pada 26 April diikuti aksi melawan Perlis pada 30 April, kedua-dua perlawanan itu dijadual berlangsung di Likas Stadium.