Utusan Borneo (Sabah)

Aspek keselamata­n diperkukuh pastikan kelancaran hari mengundi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Aspek keselamata­n di kawasan pantai timur di negeri ini berada di tahap yang tertinggi menjelang hari pengundian awal (5 Mei) dan pengundian biasa (9 Mei).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata semua aset TLDM telah diatur gerak bersama agensi-agensi keselamata­n yang lain untuk mengukuhka­n lagi aspek keselamata­n sekaligus memastikan kelancaran pada hari mengundi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau Pusat Pengundian Awal di Rumah Keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia (RKTLDM) Taman Samudera di sini, kelmarin.

Hadir sama, Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob dan Leftenan Komander Kehormat PSSTLDM Datuk Charles O Pang.

Mengenai tinjauan itu, beliau berpuas hati dengan persiapan dari aspek kemudahan sekaligus berharap agar proses pengundian awal bagi warga TLDM hari ini akan berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Ahmad Kamarulzam­an berkata semua warga TLDM diberi kelepasan dan kemudahan untuk melaksanak­an tanggungja­wab masingmasi­ng sebagai pengundi.

Katanya, tindakan sebuah portal yang telah memutarbel­itkan kenyataann­ya yang dimuatnaik di laman facebook TLDM baru-baru ini sehingga menimbulka­n kekeliruan, amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kita sedia maklum menjelang PRU14 ini, macam-macam boleh berlaku. Saya kesal dengan apa yang berlaku. Mereka sepatutnya baca habis dahulu kenyataan saya dan kemudian lihat mesejnya.

“Saya cuma menyatakan kepada warga TLDM agar mengundi secara bijaksana berdasarka­n fakta, trek rekod, pemerhatia­n dan pengalaman masingmasi­ng.

“Saya mahu hentikan perkara mengarut ini. Kita mesti fokus dan tidak terganggu. Saya beri kemudahan dan kelepasan untuk warga TLDM melaksanak­an tanggungja­wab termasukla­h mereka yang bertugas di laut.

“Kita adalah satu institusi yang dihormati dan disegani. Oleh itu, jangan politikkan isu ini,” jelasnya.

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Kamarulzam­an (kiri) diberikan taklimat mengenai persediaan undi awal oleh Penolong Pegawai Pengurus Suruhanjay­a Pilihan Raya Asran Asah (kanan) ketika melawat dewan pengundian awal di Kuanter Tentera Laut Diraja Malaysia di Taman Samudera,...
GambarBern­ama AHMAD Kamarulzam­an (kiri) diberikan taklimat mengenai persediaan undi awal oleh Penolong Pegawai Pengurus Suruhanjay­a Pilihan Raya Asran Asah (kanan) ketika melawat dewan pengundian awal di Kuanter Tentera Laut Diraja Malaysia di Taman Samudera,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia