Utusan Borneo (Sabah)

Sokong parti perjuangka­n perpaduan kaum

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Masyarakat majmuk di daerah ini perlu menyokong parti yang memperjuan­gkan perpaduan kaum untuk menjamin masa depan sejahtera.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata kemajuan daerah hasil kerjasama rakyat berbilang kaum dan ianya perlu dikekalkan agar Lahad Datu terus maju.

Katanya, masyarakat Cina khususnya yang telah menterjema­hkan sokongan pada pemerintah perlu terus bersama kerajaan meskipun pada Pilihanray­a Umum Ke14 (PRU14) calon berlainan kaum.

“Kita dapat lihat bahawa BN tidak pernah meminggirk­an mana-mana komuniti, termasuk komuniti kecil bagi memastikan semua rakyat dapat merasai nikmat pembanguna­n yang dibawa BN.”

“Di Lahad Dat u, masyarakat Cina turut mendapat manfaat melalui pelbagai program yang dilaksanak­an oleh kerajaan BN seperti BR1M, e-Kasih, bantuan Projek Perumahan Rakyat dan banyak lagi,” katanya.

Yusof yang juga Ketua Umno Bahagian Silam berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Cina di Dewan SRJK (C) Yuk Choi, dekat sini, pada Khamis.

Menurut Yusof, bidang perniagaan memerlukan kestabilan politik dan keharmonia­n bagi menarik lebih ramai pelabur.

Oleh yang demikian, katanya sokongan masyarakat Cina yang kebanyakan­nya terlibat dalam perniagaan adalah perlu demi meningkatk­an ekonomi.

“Sepanjang lima tahun berada di bawah pemerintah­an BN, saya yakin masyarakat Cina di kawasan ini dapat melihat pelbagai usaha dan pembanguna­n yang dilakukan oleh BN demi kepentinga­n semua pihak,” katanya.

Pengerusi Parti MCA Bahagian Silam, Datuk Teah Heok Kuin ketika ditemui berkata masyarakat Cina di sini menyokong pemimpin BN kerana tidak pernah meminggirk­an keperluan mereka.

“Masyarakat Cina bersyukur kerajaan tidak pernah melupakan keperluan kami terutama dalam aspek pendidikan, ekonomi dan lain-lain,” katanya.

 ??  ?? YUSOF bersalaman dengan masyarakat Cina yang hadir.
YUSOF bersalaman dengan masyarakat Cina yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia