Utusan Borneo (Sabah)

Lesaya, empat pemimpin kanan PCS sertai Upko

-

TAMPARULI: Lima pemimpin kanan Parti Cinta Sabah (PCS) diketuai Speaker yang juga Pengerusi Tetap merangkap Ketua Penerangan parti itu, Lesaya Lopong yang meletak jawatan pada Rabu, menyertai Upko secara rasmi pada Khamis.

Empat yang lain ialah Bendahari Agung PCS, John Hussein; Ketua Bahagian PCS Kiulu Joslin Ludsum, Timbalan Ketua Bahagian PCS Kiulu Sindin Ranggangon dan Penolong Ketua Penerangan PCS Kiulu Hillary Gindayuk. Mereka menyerahka­n borang keahlian kepada pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga calon BN bagi kerusi Parimen P.170 Tuaran.

Bercakap pada sidang media, Lesaya berkata beliau menghantar surat peletakan jawatan ke Ibu Pejabat PCS pada Rabu dan melepaskan semua jawatan dan keahlian dalam parti.

“Hari ini, saya secara rasmi menyertai Upko, parti yang saya tinggalkan pada 29 Julai 2012,” katanya.

Lesaya, yang juga Peggarah Media dan Komunikasi PCS berkata, beliau meninggalk­an PCS kerana melihat parti itu sudah kehilangan arah dan lari daripada perjuangan asal.

Katanya, perlembaga­an parti PCS menyatakan bahawa ia adalah parti berbilang kaum. Bagaimanap­un, apabila kepimpinan baru mengambil alih parti itu pada September 2015, ia dijenamaka­n semula sebagai parti berasaskan KDM dengan tujuan untuk menjadi parti pilihan untuk masyarakat KDM.

“Satu jawatankua­sa telah dibentuk di mana saya menjadi ahli dan merangka Pelan Strategik Korporat parti, termasuk visi dan misi pada pertengaha­n 2016 dan telah diterima pakai oleh ahli Majlis Tertinggi PCS untuk dilaksanak­an.

Pelan strategik korporat sekiranya ia dimasukkan ke dalam tindakan segera yang akan membawa parti ke hadapan dan menjadikan­nya bersedia untuk PRU-14. Atas sebab itu, Pelan Strategik Korporat tidak pernah dilaksanak­an. Tidak ada arah yang jelas dimana PCS hendak tujui.

Atas sebab ini saya membuat kesimpulan terakhir bahawa parti pilihan terbaik masih UPKO. Saya selalu percaya bahawa pemimpin datang dan pergi, tetapi perjuangan parti mesti bergerak dan diteruskan oleh generasi akan datang. Saya melihat ini dimasukkan ke dalam pelan dan tindakan didalam UPKO.

M a dius ketika mengulas kan keputusan Lesaya dan empat pemimpin kanan PCS menyertai Upko berkata, ia merupakan perkembang­an terbaik dan membantu memperkuku­h jentera BN menghadapi PRU14.

Selepas majlis itu, Lesaya serta empat bekas pemimpin PCS serta merta turun padang membantu calon BN bagi Parlimen Tuaran serta DUN Tamparuli dan Kiulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia