Jualan Sentuhan Rakyat terus dapat sambutan Pengunjung alu-alukan inisiatif kerajaan ringankan beban rakyat
PUTATAN: Program Jualan Sentuhan Rakyat yang berlangsung di sini, terus mendapat sambutan oleh semua lapisan masyarakat khususnya kelompok berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Program yang berbentuk jualan barangan keperluan harian dan keperluan dapur dengan harga yang rendah itu terbukti mencapai objektif iaitu membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.
Pengunjung Rosimah Jeckol berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan itu amat dialu- alukan oleh seluruh lapisan masyarakat bagi memperoleh barangan harian dengan harga lebih murah.
“Saya sebagai peniaga juga amat gembira kerana kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik untuk rakyat yang berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah berbanding harga di pasar raya.
“Sudah tentu kami harapkan program seperti ini akan terus diadakan sekaligus mempelbagaikan lagi pilihan barangan,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Sentuhan Rakyat bersama Koperasi dan Program Sepakat Negaraku Peringkat Daerah Putatan tahun 2018, di sini pada Sabtu.
Selain itu, pengunjung yang berasal dari Kampung Duvanson Noraini Alias Abdul lah berkata, penganjuran program berkenaan adalah usaha baik kerajaan bagi memberi peluang masyarakat membuat penjimatan berganda berbanding hari biasa.
Justeru katanya, peluang itu perlu direbut sebaik mungkin oleh semua masyarakat
“Saya sebagai peniaga juga amat gembira kerana kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik untuk rakyat yang berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah berbanding harga di ” pasar raya ROSIMAH JECKOL Pengunjung
khususnya di di daerah Putatan ini memandangkan harga barangan pada masa kini sudah melonjak naik jika dibandingkan pada masa dahulu.
“Bila dimaklumkan tentang jualan murah ini, saya bersama anak bergegas ke sini untuk melihat barangan keperluan yang dijual walaupun semakin sesak dengan kelibat orang.
“Ternyata, harga barangan yang dijual cukup murah untuk kami yang keluarga berpendapatan rendah.. kami amat berterima kasih dengan kerajaan yang cukup baik menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.
Dianggarkan ribuan pengunjung hadir pada program berkenaan yang berlangsung seawal jam 7 pagi dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti pertandingan sukaneka, mewarna kanakkanak Tadika, persembahan silap mata, nyanyian, gerai pameran, cabutan bertuah, dan sebagainya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, program itu juga akan membolehkan rakyat memperoleh penjimatan kos lebih baik terhadap pembelian barangan seperti minyak masak, gula, beras, dan tepung.
“Menjelang Ramadan dan Syawal yang semakin hampir, permintaan ke atas barangan asas ini melambung tinggi.
“Oleh itu, dengan adanya program jualan seperti ini, kerajaan dapat membantu rakyat menangani perbelanjaan mereka dengan lebih berkesan,” katanya.
Beliau selaku Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Sabah (MPKN) turut melahirkan rasa bangga kepada gerakan koperasi di negeri ini yang juga terlibat sama menjayakan jualan murah, selain menjalinkan kerjasama dengan syarikat perniagaan.
Katanya, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dipraktikkan melalui penganjuran program itu juga amat dialu-alukan dalam melaksanakan program bernilai tinggi tetapi dengan menggunakan kos yang rendah.
Hadir sama ialah Penyandang Kerusi Parlimen Putat a n Datuk Makin @Marcus Mojigoh, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Umar Sarim Saidin, dan Wakil Pengarah Penerangan Negeri Sabah Alias Jaafar.