Jerman tangkap ahli perniagaan Albania seludup 613 kilo kokain
TIRANA: Seorang ahli perniagaan Albania disyaki terlibat dalam penyeludupan sejumlah 613 kilo (1,351 paun) kokain Colombia dalam kargo berisi pisang telah diberkas di Jerman kelmarin, kata polis di Tirana.
Rampasan dadah, dengan nilai pasaran dianggarkan pada 180 juta euro, ditemui pada Februari di dalam sebuah kontena yang tiba dari Colombia, melalui Itali, ke pelabuhan utara Durres.
Ia merupakan rampasan terbesar sebegitu di negara Balkan, yang digunakan sebagai persinggahan bagi penyeludupan ke Eropah.
Arber Cekaj, pemilik firma Abi Garden yang memiliki kargo tersebut, ditangkap berhampiran Duesseldorf kelmarin dalam satu operasi bersama antara polis Albania dan Jerman, menurut kenyataan polis.
Cekaj melarikan diri hanya beberapa jam sebelum operasi Februari di Durres dilancarkan ketika dadah dirampas dan dua orang ditangkap.
Sebuah negara calon Kesatuan Eropah (EU) sejak 2014, Albania berada di bawah tekanan dari Brussels bagi menangani masalahnya melibatkan pengedaran dadah, rasuah dan jenayah terancang.
Selama beberapa tahun negara itu menjadi pengeksport utama kanabis ke EU, terutama Itali, menurut beberapa laporan Europol.
Dagangan adalah bersamaan mewakili sekurangkurangnya nilai bagi satu pertiga daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Albania.
Satu laporan Jabatan Negara 2017 menyatakan Albania juga “kawasan persinggahan bagi kokain dan heroin dituju bagi pasaran Eropah.”
Seorang bekas menteri dalam negeri, Saimir Tahiri, bersekutu dari segi politik dengan Perdana Menteri Edi Rama, sedang dalam siasatan bagi hubungan beliau dengan penyeludup kanabis.
Tahiri, yang menafikan tuduhan tersebut, menyatakan pada Khamis lepas beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi “berdepan kehakiman” berhubung “tuduhan palsu” terhadapnya.