Nasib generasi kedua peneroka dibela: Musa
Dengan pewujudan pusat Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Rancangan Sungai Manila
SANDAKAN: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman berkata pewujudan pusat Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Rancangan Sungai Manila di sini bukti kerajaan negeri terusmembelanasibgenerasi kedua anak peneroka.
Katanya, pusat AET itu membawa kebaikan kepada generasi berkenaan dengan mewujudkan pekerjaan sekaligus menghasilkan pendapatan sampingan untuk mereka.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha membantu rakyat khususnya warga peneroka bagi memastikan golongan ini mendapat pembelaan sewajarnya.
“Kerajaan sentiasa berfikir bagaimana hendak membantu rakyat termasuk golongan peneroka ini. Selain tanaman sawit, kita mewujudkan tanaman kontan dan ia sangat membawa hasil untuk anakanak peneroka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan Pusat Aktiviti AET di Rancangan Sungai Manila Sandakan pada Jumaat.
Menurut beliau, kewujudan bangunan baharu SLDB Rancangan Sungai Manila adalah satu mercu tanda kerajaan melalui SLDB dalam memperbaharui komitmen untuk terus membantu peneroka.
Sementara itu, Pengerusi SLDB, Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail berkata kerja penanaman semula yang dilaksanakan di Rancangan Sungai Manila kini meliputi hampir seluas 2,700 ekar.
Dan, pihaknya menjangkakan selepas tahun 2020, tanaman sawit baharu akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan meningkatkan agihan dividen kepada para peneroka.
Selain itu, kita juga dengan restu Tan Sri Musa telah berbincang dengan Felcra Berhad untuk membawa peruntukan kos infrastruktur bernilai jutaan ringgit bagi membina Rumah Bina Negara dengan harga mampu milik untuk generasi kedua anakanak peneroka Rancangan Sungai Manila.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Besar SLDB, Haji Jazuli Wilaksono Sunarto.
Terdahulu pada majlis itu, Musa menyampaikan replika cek bantuan AET Rancangan Sungai Manila untuk Projek Fertigasi Cili Berkelompok dan Individu yang masingmasing bernilai RM120,000 serta bantuan Pemasangan Peralatan Pemprosesan Cili yang bernilai RM110,000.
Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris dan Timbalan Presiden MPS, Haji Hamsan Awang Supain.
“Kerajaan sentiasa berfikir bagaimana hendak membantu rakyat termasuk golongan peneroka ini. Selain tanaman sawit, kita mewujudkan tanaman kontan dan ia sangat membawa hasil ” untuk anak-anak peneroka. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri