Yahya hadiri Program Mesra Rakyat #Hebatkan NegaraKu#
PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin bersama ribuan rakyat telah menghadiri Program Mesra Rakyat #Hebatkan NegaraKu# di perkarangan Golden Centre Putatan pada Sabtu.
Program santai itu turut menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal Datuk Awie selain penyanyi tempatan lain.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) bersama-sama rakyat Putatan telah berjaya mentransformasikan Putatan menjadi sebuah daerah yang membangun.
“Kitatelahberjayamengubah Putatan daripada sederet kedai papan yang usang menjadi sebuah pekan yang maju dan membangun. Semua ini adalah berkat usaha kerajaan BN bersama-sama rakyat kawasan Putatan,” katanya.
Katanya, BN akan terus membangunkan kawasan Putatan dengan pelbagai rancangan pembangunan termasuklah membina lebih banyak Program Perumahan Rakyat, mewujudkan LRT, sistem pembetungan dan perparitan yang teratur, menaiktaraf padang bola, meningkatkan infrastrktur di kawasan tamu, mewujudkan institusi pengajian tinggi dan lain-lain lagi.
Beliau yang juga calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas menyeru rakyat agar terus menyokong BN dan tidak terpengaruh dengan slogan ‘Ubah’ yang dibawa oleh parti pembangkang.
Turut hadir ialah calon BN kawasan Tanjung Aru Datuk Ir Edward Yong, Timbalan Ketua Umno Bahagian Putatan Datuk Haji Arsit Sedi, Ketua Wanita Umno Bahagian Juliah Palasin dan pemimpin masyarakat setempat.