Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat masih setia bersama BN: Musa

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yakin bahawa rakyat Sabah masih setia bersama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, semangat dan sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih kuat untuk terus memberi mandat parti itu mentadbir negeri ini bagi penggal seterusnya.

“Setakat ini, saya sudah melawat beberapa daerah sehingga di pelosok kawasan pedalaman dan mendapati banyak kibaran bendera BN dan laungan 'Tatap BN' terus bergema.

“Semangat kuat ini membuktika­n rakyat tahu bahawa BN sahaja yang boleh membawa pembanguna­n dan kemajuan untuk mereka,” katanya ketika menyempurn­akan majlis pecah tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas, di sini pada Ahad.

Musa yang juga pengerusi BN Sabah mengingatk­an barisan calon parti itu supaya tidak sombong dan angkuh setelah diberi mandat sebagai pemimpin.

Katanya, sifat buruk itu tidak seharusnya wujud pada seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Gelaran YB adalah amanat rakyat dan menjadi tanggungja­wab yang perlu digalas, bukan satu keistimewa­an semata-mata.

“Kita perlu turun padang, pergi ke daerah-daerah minta maklumat apa yang keperluan rakyat yang kurang. Itu barulah pemimpin berjiwa rakyat,” katanya.

Beliau juga menyeru semua rakyat di negeri ini supaya turun melaksanak­an tanggungja­wab mengundi pada 9 Mei nanti dan bijak memilih kerajaan yang benarbenar boleh memimpin rakyat.

Sementara itu, pembinaan bangunan SMK Petagas yang menelan perbelanja­an hampir RM50 juta itu kini giat dilaksanak­an dan dijangka akan siap pada 30 Julai 2020.

Turut hadir, Timbalan Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, penyandang kerusi Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh dan penyandang kerusi DUN Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah.

 ??  ?? MUSA mengepalai tetamu kehormat yang hadir melaungkan slogan Tatap BN.
MUSA mengepalai tetamu kehormat yang hadir melaungkan slogan Tatap BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia