Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sabotaj calon BN

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) perlu mengundi simbol dacing untuk memastikan parti terus memerintah tanpa sabotaj calon-calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin berkata pemimpin dan ahli BN perlu akur dan yakin terhadap calon-calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan.

Beliau berkata tidak perlu mensabotaj calon-calon BN yang bertanding sebaliknya undi simbol dacing untuk memberi kemenangan mutlak kepada calon pada PRU14 ini.

“Pemimpin dan ahli BN perlu ketepikan agenda peribadi dan rasa kecewa, kita semua perlu akur dan setia kepada parti. Tidak perlu mengikut emosi sebaliknya kita sama-sama beri kemenangan kepada semua calon BN yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa siri kempennya di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dalam Parlimen Kinabatang­an pada Ahad.

Turut bersama, Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, calon BN DUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Pg Aziz Pg Damsah dan barisan kepimpinan BN Kinabatang­an.

Bung Moktar yang juga calon BN Parlimen Kinabatang­an mengingatk­an semua pemimpin dan ahli BN perlu meletakkan agenda parti untuk memastikan BN mempertaha­nkan kerusi Parlimen Kinabatang­an serta dua kawasan DUN iaitu Kuamut dan Sukau.

“Kita tidak perlu berfikir sebaliknya kita undi asal simbol dacing atau timbangan. Tidak perlu lagi kita beri undi kepada calon pembangkan­g kerana ini hanya mengkhiana­ti parti BN.

"Jangan kita lakukan undi calon BN parlimen dan tidak mengundi calon BN di DUN, ini tidak wajar berlaku.

“Bagi saya selaku pengerusi penyelaras BN di sini, saya mahu kita semua menyokong penuh dan undi kita untuk calon BN. Tolak kepentinga­n peribadi kerana agenda kita adalah besar untuk perjuangan parti dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata kita akan memperkasa­kan lagi agenda pembanguna­n di setiap kawasan agar rakyat di kawasan ini terus menikmati pembanguna­n berterusan.

“Kita juga akan membuka peluang dan ruang yang luas untuk memastikan peningkata­n ekonomi penduduk setempat dan anak-anak kita berjaya dalam pendidikan. Ini agenda dalam manifesto saya dalam tempoh lima tahun depan,” katanya.

Beliau berkata golongan belia juga tidak dilupakann­ya dalam menyediaka­n peluang dan pembanguna­n belia agar sama-sama memantapka­n agenda nasional menerusi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

 ??  ?? BUNG Moktar dan Saddi mengangkat tangan bersama.
BUNG Moktar dan Saddi mengangkat tangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia