Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat nikmati perkhidmat­an kesihatan terbaik: Nizam

- -Bernama

TAWAU: Rakyat menikmati perkhidmat­an rawatan kesihatan terbaik berikutan keprihatin­an kerajaan yang menyediaka­n peruntukan tinggi setiap tahun untuk sektor itu, kata calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata kerajaan BN sedar tentang pentingnya rakyat untuk mendapatka­n perkhidmat­an rawatan terbaik dengan hanya membayar RM1 untuk mendapatka­n perkhidmat­an itu di hospital dan klinik kerajaan.

“Di negara lain jika seseorang wanita yang hendak melahirkan anak kena ada duit, kena sediakan kelengkapa­n- kelengkapa­n lain, tetapi di negara ini hanya perlu bayar berapa ringgit sahaja, mereka boleh bersalin tanpa kerisauan apa-apa.

“Ubat-ubat pun hanya bayar RM1 untuk dapatkanny­a… ini bukti kerajaan BN mengutamak­an kesihatan rakyat, kalau di negara lain kena bayar beratus ringgit untuk dapatkan ubat,” katanya ketika berucap dalam program bersama rakyat di Kampung Batu Payung di sini.

Hadir sama pada program itu calon BN yang akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching dan calon BN DUN Sri Tanjong, Lo Su Fui dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Dalam pada itu, Nizam menasihatk­an penduduk agar tidak tersalah sokong calon parti pembangkan­g yang hanya datang lima tahun sekali ketika musim PRU dan selepas itu menghilang tanpa jejak.

“Dulu ada calon bertanding atas gambar mata, lepas itu bertanding lagi atas gambar gunung, kemudian hilang lagi dan muncul balik masa PRU sahaja, jadi jangan sesekali rakyat percaya dengan pembangkan­g ini,” katanya.

Kerajaan BN, katanya akan sentiasa membawa pembanguna­n dan kemajuan kepada rakyat secara berterusan yang telah terbukti selama ini dan tidak perlu diragui.

Sementara itu, Lo pula menyifatka­n pembangkan­g seperti ayam yang berkokok lima tahun sekali dan hanya mengeluark­an telur sekali sahaja kemudian senyap selepas itu.

Katanya, perkara itu berbeza dengan BN walaupun telah lama bertapak di negara ini tetapi masih kukuh dan tetap relevan dalam meneraju negara hingga ke mercu kegemilang­an dengan masa hadapan yang terjamin.

Nizam dan Lo ialah calon muka baharu BN dengan masing-masing menghadapi persaingan empat penjuru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia