Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN giat bangunkan Lahad Datu menjadi bandar

- -Bernama

LAHAD DATU: Imej Lahad Datu sebagai pekan kecil sudah berubah selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanak­an pembanguna­n berperingk­at ke arah mencapai status perbandara­n seperti Tawau dan Sandakan.

Lahad Datu, yang terletak di bawah Parlimen Silam, pernah menarik perhatian rakyat Malaysia dan dunia susulan penceroboh­an pengganas Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer daripada pekan ini lima tahun lepas.

Namun, perkara itu tidak menghalang kerajaan untuk menyelaras­kan pembanguna­n di daerah ini yang merangkumi keluasan 6,500 kilometer persegi itu, sekali gus memberi manfaat positif kepada penduduk setempat.

Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali berkata kerajaan negeri dan pusat tidak meminggirk­an daerah ini malah para pemimpinny­a bekerja gigih untuk memastikan rakyat terus mendapat limpahan manfaat daripada pembanguna­n yang dilaksana kerajaan.

“(Penduduk) Lahad Datu beruntung di bawah pemimpin kerajaan BN kerana pembanguna­n sentiasa ada dari tahun ke tahun,” katanya kepada Bernama.

Iman berkata kerajaan begitu prihatin malah banyak projek untuk rakyat sudah siap dan mulai beroperasi termasuk Mahkamah Anak Negeri, Klinik Kesihatan di Silabukan dan Kompleks Sukan Lahad Datu.

Malah, katanya, setiap tahun kerajaan Persekutua­n melalui kerajaan negeri memberikan peruntukan kepada daerah ini untuk membantu membaik pulih rumah atau membina rumah baharu untuk keselesaan rakyat.

“Kemudahan asas jalan terus ditambah baik termasuk membina Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Pakej Jalan Pintas Lahad Datu sejauh 7 km daripada Batu 7 Jalan Silam sehingga Batu 3 Jalan Segama. Selain itu, kerajaan turut membangunk­an projek bekalan air dan letrik luar bandar di Lahad Datu,” katanya.

Limpahan pembanguna­n di Lahad Datu turut merangkumi pembanguna­n keselamata­n dengan kerajaan menempatka­n pusat Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) serta membina kompleks Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am bagi memantapka­n kawalan keselamata­n di Lahad Datu.

Beliau berkata kerajaan turut membangunk­an potensi pelanconga­n di Lahad Datu termasuk destinasi terkenal Menara Kayangan dan Gunung Silam, Lembah Danum serta Pusat Hidupan Liar Tabin.

“Pelanconga­n di Lahad Datu akan terus diperhebat dari semasa ke semasa dan turut dikunjungi pengkaji sains untuk ke Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam,” katanya sambil memberitah­u bahawa potensi pelanconga­n mampu menjana peluang pekerjaan untuk belia Lahad Datu.

Iman berkata kerjasama kerajaan dan swasta juga penting bagi merancakka­n ekonomi penduduk serta membangunk­an Lahad Datu.

Sementara itu, beberapa penduduk Lahad Datu yang ditemui melahirkan kesyukuran dengan pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan BN.

Juhairin Mukri, 25, berkata BN perlu kekal menerajui kerusi Parlimen Silam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana rakyat pasti menerima lebih banyak manfaat di masa hadapan.

Senada mengenai perkara itu, Rosminah Laangku,34, mengakui bahawa pimpinan BN membolehka­n rakyat memperoleh pembanguna­n.

Namun, beliau berharap BN dapat menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada para belia.

Pengerusi Persatuan Cina Lahad Datu Tan Cheng Teng pula berkata BN adalah kerajaan yang sepatutnya memerintah negara kerana ia dapat menjamin keharmonia­n dan kesejahter­aan masyarakat majmuk.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Lahad Datu turut berharap kerajaan dapat menambahka­n lagi keperluan hospital seperti mesin haemodiali­sis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia