Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk yakin Mizma menang besar

-

TUNGKU: Penduduk Kampung Bangingod yakin Barisan Nasional (BN) yang mencalonka­n Ketua Wanita Umno Silam, Mizma Appehdulla­h sebagai calon di DUN Tungku mampu memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penduduk, Lasendo Lalika, 80, sangat percaya bahawa kepimpinan yang bakal dibawa oleh Mizma akan membawa lebih banyak pembanguna­n di kampung berkenaan.

“Saya sangat yakin anak ini (Mizma) mendapat kepercayaa­n semua penduduk Tungku kerana saya melihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk membantu kami.

“Saya sudah lebih 50 tahun menetap di sini dan saya sangat mengharapk­an agar anak cucu kami semua merasai perubahan yang dibawa Mizma,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Tina Asung, 49, turut menzahirka­n keyakinan bahawa calon wanita pertama bagi Parlimen Silam itu akan diumum menjadi wakil rakyat di Tungku, Rabu ini.

“Semua wanita akan sokong beliau (Mizma) sebab sejak ketua Puteri dan ketua Wanita lagi, Mizma sudah banyak turun padang, masuk ke kampung pedalaman. Jadi, tidak mustahil untuk dia mendapat tempat di jiwa penduduk dan membantuny­a menang,” katanya.

Sementara itu, Mizma semasa berucap pada majlis santai bersama pemimpin di kampung itu menegaskan bahawa beliau komited berusaha sebaik mungkin untuk memperjuan­gkan hak-hak masyarakat di daerah berkenaan.

“Apabila saya diberi mandat itu, usah risau tentang pembanguna­n Tungku. Bagaimana pemimpin sebelum ini menitikber­atkan kebajikan masyarakat di Tungku, saya akan buat lebih baik lagi sebagai tanda komitmen dengan tanggungja­wab saya.

“Jika kita berjaya, mari bersama saya menerajui daerah kecil Tungku ini,” katanya.

 ??  ?? MIZMA
MIZMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia