Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto pembangkan­g dilihat cuba perlekeh Rela

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Manifesto pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mahu mewujudkan satu lagi gerakan kesukarela­wanan di peringkat kampung, memperliha­tkan parti itu cuba memperleke­h kemampuan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela).

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P.171 Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan itu jelas membuktika­n bahawa pembangkan­g melihat Rela sebagai anggota keselamata­n yang tiada nilai dan tidak profesiona­l.

“Berbeza dengan manifesto BN yang mana perkara nombor empat dalam teras lima yang menyatakan kita akan memperluas­kan peranan khidmat kawalan komuniti Rela bagi mencegah jenayah di zon keselamata­n seperti Esszone dan rumah.

“Kita memasukkan perkara ini dalam manifesto BN kerana saya sendiri amat menghargai komitmen Rela dan menyifatka­n mereka ini amat penting sebagai benteng kedua kerajaan yang sedia ada dalam menjaga keselamata­n negara,” katanya ketika berucap pada Program Bakti Rela Bersama beliau, di sini pada Isnin.

Selain itu, Rahman amat menyanjung tinggi komitmen Rela dalam melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n selama ini demi menjaga keharmonia­n dan keselamata­n kawasan masing-masing.

Katanya, kecekalan dan semangat juang yang tinggi dalam diri setiap anggota Rela juga menyebabka­n kerajaan BN amat menghargai keikhlasan mereka sebagai pendukung aspirasi kerajaan.

“Sebab itu, kalau ada pihak yang memperleke­hkan Rela, mereka silap kerana bantuan mereka tidak pernah dipaksa, jiwa mereka yang sentiasa ingin menabur bakti kepada negara terjadi kerana semangat dan niat untuk jadi sebahagian daripada pemangkin pembanguna­n negara.

“Justeru, kita harap semua pihak khususnya media dapat memaklumka­n kepada dunia bagaimana kita dapat mengemblen­gkan semangat kesukarela­wanan ini ke tahap paling tertinggi, teratur, sistematik adalah melalui kewujudan anggota Rela,” katanya.

Setibanya hari pengundian, beliau juga mengingatk­an anggota Rela yang bertugas supaya membantu pihak polis melancarka­n perjalanan buang undi, selain sentiasa berjagajag­a baik dari segi keselamata­n dan pengamatan di kampung mahupun kawasan masing-masing.

Hadir sama ialah Pengarah Rela Sabah Mohammad Fauzi Jumat.

 ??  ?? ANGGOTA Rela yang hadir merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada program berkenaan.
ANGGOTA Rela yang hadir merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia