Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing kena 10 tahun, satu sebat

Rompak berkumpula­n dengan bersenjata pisau

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua lelaki warga asing yang bersenjata­kan sebilah pisau, ketika melakukan rompak berkumpula­n dikenakan penjara sepuluh tahun dan satu sebat.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abdullah Agani, 40, dan Radit Abdullah, 31, yang masing-masing tidak memiliki dokumen selepas mengaku bersalah.

Mereka yang bersenjata, dengan niat bersama merompak seorang lelaki Thie Ting Yau, 51, pada 20 April jam 3.30 pagi di sebuah rumah, Taman Tanaki, daerah Penampang.

Semasa melakukan kesalahan itu, mereka merampas dua telefon pintar, jam tangan, sebuah komputer riba, wang HKD 4,000 dan RM500 milik mangsa.

Kedua-dua tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n.

Selain itu, mereka juga menyatakan perlu menanggung keluarga disamping mempunyai ibu yang sudah tua, dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap Abdullah dan Radit. Mahkamah memerintah­kan mereka menjalani pemenjaraa­n itu, serentak dengan hukuman bagi kesalahan mengikut Akta Imigresen kerana memasuki negara ini secara haram.

“Semasa melakukan kesalahan itu, mereka merampas dua telefon pintar, jam tangan, sebuah komputer riba, wang HKD 4,000 dan RM500 milik mangsa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia