Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga didenda RM8,000 miliki keluaran tidak berdaftar

-

KOTA KINABALU: Seorang peniaga wanita dikenakan denda RM8,000 atau penjara lapan bulan, kerana memiliki keluaran tidak berdaftar dan bernotifik­asi.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chin Tze Yin , 28, selepas mengaku salah untuk dua pertuduhan berkenaan.

Pertama, tertuduh dikenakan denda RM5,000 atau penjara lima bulan, atas kesalahan memiliki 30 jenis keluaran tidak berdaftar untuk dijual kepada orang awam.

Tertuduh didapati menjual antaranya Queen Of Mutiara sebanyak 17 botol, Sc60 Sinus sekotak dan Vimax Men Delay Spray sekotak.

Hukuman diperuntuk­kan mengikut Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, denda maksimum RM25,000 atau penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya.

Kedua, Chin didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan, kerana memiliki 15 jenis kosmetik tidak bernotifik­asi.

Keluaran yang dijual antaranya Tati Treatment Cream dua bekas dan Glow Glowikg 5 in 1 sebanyak dua kotak.

Tertuduh disabitkan mengikut Peraturan 18 A (1) peraturan sama, denda sehingga RM25,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada 15 Ogos tahun lalu jam 11.50 pagi, di sebuah premis, Centere Point di sini.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Farmasi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia